Brembo Melakukan Panggilan Semula Keselamatan Besar-Besaran Yang Kedua

Brembo – gambar sekadar hiasan

  • Brembo telah mengeluarkan satu kenyataan berkenaan dengan panggilan semula keselamatan besar-besaran mereka yang kedua.
  • Didapati ada antara angkup brek belakang yang dijual di pasaran mungkin dilengkapi dengan pad brek yang rosak.
  • Pad brek tersebut adalah dari kelompok #672 yang dibekalkan oleh pihak ketiga, Federal Mogul Italia.

Jenama sistem brek terkemuka dari Itali, Brembo, telah melaksanakan panggilan semula keselamatan besar-besaran kedua mereka selepas panggilan semula keselamatan mereka yang pertama pada bulan Januari tahun ini (2018).

Panggilan semula keselamatan kali kedua ini adalah selepas panggilan semula keselamatan atas sebab kemungkinan retakan pada omboh 15mm atau 17mm dalam silinder utama radial PR16 antara tahun 2015 hingga 2017.

Brembo Keluarkan Kenyataan Rasmi Mengenai Panggilan Semula Silinder Utama PR16

Brembo menyatakan panggilan semula keselamatan kali pertamanya itu telah menjejaskan motosikal keluaran Aprilia, Ducati, Husqvarna, KTM, MV Agusta, TM Racing, Moto Morini, dan Horex. Panggilan semula tersebut hanya meliputi OEM yang dilengkapi dengan brek Brembo, jadi, jika anda mengemaskini sistem brek anda secara ‘aftermarket’ dengan Brembo, anda tidak terjejas dengannya.

Namun, untuk panggilan semula keselamatan kali kedua ini, ia meliputi beberapa kelengkapan kit angkup brek belakang Brembo yang dijual di pasaran secara ‘aftermarket‘. Pengeluar tersebut telah menemui kerosakan dengan satu kelompok pad brek yang dibekalkan oleh Federal Mogul Italia. Kumpulan #672 adalah kelompok yang terjejas dan nombornya boleh dilihat pada plet belakang pad brek. (Sila tekan pautan ini untuk mendapatkan maklumat bagaimana untuk memeriksa nombor kumpulan pad brek Brembo anda.)

Pad brek berkenaan telah dijual beserta dengan angkup brek belakang sebagai alat ganti.

Di bawah adalah senarai angkup telah dilengkapi dengan pad brek berkenaan. (TEKAN SINI untuk pautannya.)

Tiada sebarang maklumat tambahan mengenai kesan yang mungkin terjadi akibat kerosakan ini, selain, “ia mungkin mengkompromikan prestasi brek kenderaan, membawa risiko keselamatan buat penunggang.”

Jika anda terjejas akibat panggilan semula ini, pihak pengeluar menasihatkan anda untuk menghubungi pengedar rasmi tempatan, seperti mana yang disenarikan di bawah. Hodaka Motorworld adalah pengedar rasmi Brembo di Malaysia. Kerana panggilan ini telah berlaku pada hujung minggu, kami akan hubungi mereka pada hari Isnin, 6 Ogos untuk maklumat lanjut.

Pengedar

Country Company Contact
USA RACE TECHNOLOGIES [email protected]
[email protected]
Japan BREMBO JAPAN [email protected]
Germany, Greece, Czech Republic MOTORQUALITY SpA [email protected]
Taiwan FERRANNI [email protected]
Singapore, Malaysia, Vietnam, Laos, Philippines HODAKA MOTOWORLD [email protected]
Thailand RIDERS CLUB [email protected]
China, Hong Kong STARBIKE [email protected]
Spain V2 MOTORSPORT [email protected]
UK MODE PERFORMANCE [email protected]
Benelux HOCO PARTS [email protected]
Australia GAS IMPORT [email protected]
France SEMC [email protected]
Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply