Husqvarna Catat Rekod Jualan Pada Tahun 2017; Hasil Jualan Bernilai RM1.2 Billion!

  • Husqvarna telah mencatat rekod jualan terbesar mereka pada tahun 2017.
  • Pengeluar motosikal dari Sweden itu telah melaporkan peningkatan hasil jualan sebanyak 20% dengan jualan 36,883 unit.
  • Jumlah keseluruhan unit yang telah dijual pada tahun lalu bermakna mereka telah mengutip hasil sebanyak €250 juta (kira-kira RM1.2 Billion).

Husqvarna dengan bangganya telah mengumumkan bahawa jumlah jualan motosikal mereka telah mencecah satu rekod yang baru pada tahun 2017. Ini adalah tahun keempat berturut-turut pengeluar motosikal dari Sweden itu telah menyambut kebangkitan semula setelah diambil alih oleh gergasi pengeluaran motosikal Austria, KTM.

Dari segi bilangannya, Husqvarna telah menjual sejumlah 36,883 unit pada tahun 2017 yang mana merupakan satu peningkatan ketara dari tahun yang terdahulu. Menurut Husqvarna, ianya kira-kira 20% peningkatan dalam hasil jualan dan sudah pasti satu peningkatan yang besar bagi mana-mana pengeluar sekali pun di seluruh dunia.

Jumlah keseluruhan motosikal yang telah mereka jual pada tahun lalu bermakna yang mereka telah mengutip hasil jualan sehingga €250 juta (kira-kira RM1.2 Billion). Ianya satu jumlah yang cukup mengagumkan bagi sebuah pengeluar kecil pada zaman ini, berbanding dengan pengeluar-pengeluar besar lain yang ada di dalam pasaran. Dengan hala tuju serta model-model yang baru diperkenalkan kepada seluruh dunia, jenama ini sudah sedia untuk mengumumkan ketibaannya di pentas global.

Dan dengan termeterai perjanjian di mana motosikal jalan raya Husqvarna akan mula dihasilkan di India menjelang tahun 2020, ianya satu petanda peningkatan permintaan motosikal Husqvarna, bukan sahaja di Eropah, tetapi, di benua-benua yang lain juga. Dan atas kerjasama dengan KTM yang berkongsi teknologi terkini mereka seperti suntikan bahanapi dua lejang dan yang lain-lain, kita hanya menanti masa akan ketibaan model seperti Vitpilen dan Svartpilen di tanah air kita nanti.

KTM Akan Memulakan Pengilangan Motosikal Husqvarna Di India Menjelang 2020

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]