CCM Spitfire Bobber 2018 Akan Dilancarkan Pada Minggu Hadapan

  • Gambar hasilan motosikal CCM Spitfire Bobber 2018 telah pun dikeluarkan sebelum pelancaran rasminya pada minggu hadapan.
  • Model Spitfire yang kelima ini dikatakan sebagai varian tercantik setakat ini, lebih-lebih lagi dengan rupa paras ‘Bobber’-nya itu.
  • Dijana oleh enjin satu silinder 600cc yang sama, motosikal Spitfire Bobber dijangka akan menghasilkan 55hp dan 58Nm tork.

Pada tahun lalu, CCM, singkatan bagi Clews Competition Motorcycles, telah melancarkan motosikal Spitfire mereka yang teramatlah cantiknya, namun, nampak gayanya, mereka kini  sedang merancang untuk memperkenalkan sebuah lagi varian Spitfire pada penghujung bulan ini, yang bergelar CCM Spitfire Bobber 2018!

Pengeluar motosikal yang bertapak di United Kingdom itu adalah pengeluar premium untuk motosikal berkualiti tinggi yang dibina dalam jumlah yang terhad. CCM telah menjual ke semua 150 buah motosikal Spitfire-nya itu dalam masa seminggu selepas pelancarannya di Carole Nash MCN London Motorcycle Show 2017.

Berdasarkan pada gambar yang telah dihasilkan, varian kelima motosikal Spitfire ini tampak begitu menggiurkan sekali, lebih-lebih lagi dengan daya tarikan motosikal Bobber-nya itu. Dilengkapi dengan enjin satu silinder 600cc yang sama, model Spitfire ini mampu menjana sehingga 55hp pada 5,500rpm dan 58Nm tork maksimum.

Motosikal terbaru itu dijangkakan akan membuat kemunculan sulungnya pada minggu hadapan di Carole Nash MCN London Motorcycle Show 2018. Ingin memiliki motosikal terbaru ini? Anda perlu bertindak pantas kerana jika ianya sama seperti model Spitfire tahun lalu, sudah pasti motosikal Bobber ini juga adalah satu keluaran edisi terhad.

CCM Spitfire 2017 – Jentera Buas yang Mempersona

Teruskan setia bersama kami di MotoMalaya untuk segala perkembangan terkini dunia permotoran.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]