WorldSBK: KRT Lancarkan Jentera Perlumbaan Kawasaki Ninja ZX-10RR 2018!

  • Kawasaki Racing Team, atau singkatannya, KRT, dengan secara rasminya telah memperkenalkan jentera perlumbaan mereka bagi siri WorldSBK musim 2018, Kawasaki Ninja ZX-10RR 2018.
  • Kedua-dua penunggang pasukan tersebut, Rea dan Sykes, akan mempertahankan kejuaraan dan kemenangan perlumbaan mereka di atas jentera dengan kemasan grafik yang serba baru.
  • Motosikal ZX-10RR telah merangkul begitu banyak kemenangan perlumbaan serta kejohanan sejak diambil alih oleh kumpulan yang bertapak dari Barcelona, Provec, pada tahun 2012.

Kawasaki Racing Team (KRT), secara rasminya telah melancarkan jentera perlumbaan mereka bagi siri WorldSBK musim 2018 dalam bentuk jentera teramat berdaya saing, Kawasaki Ninja ZX-10RR. Pengenalan oleh KRT telah diadakan di ibu pejabat KRT yang terletak berhampiran Barcelona bersama dengan penunggang utama mereka, Jonathan Rea dan Tom Sykes.

Berdasarkan kepada skema warna yang ‘baru’, KRT telah mengekalkan warna hijau, hitam, dan putih Kawasaki yang ikonik, yang telah kita sukai dan gemari. Untuk kali ini, anda pasti akan sedar beberapa kemasan tambahan dalam warna kuning dan hijau yang lebih terang bagi menonjolkan lagi rupa bentuk keseluruhan jentera perlumbaan tersebut.

Sejak pasukan perlumbaan tersebut diambil alih oleh kumpulan yang bertapak di Barcelona, Provec, pada tahun 2012, KRT telah berjaya mengecapi kejayaan yang membanggakan dengan sejumlah 73 kemenangan perlumbaan WorldSBK, empat kejuaraan penunggang dan tiga kejohanan pengeluar. Mereka juga telah berjaya mencipta rekod dengan menabalkan Jonathan Rea sebagai penunggang British pertama yang memenangi tiga kejohanan secara berturut-turut.

Menurut Rea,”ianya selalunya amat mengujakan untuk memperkenalkan warna terbaru kami. Pada waktu inilah anda akan terasa yang musim ini telah bermula sebenar-benarnya. Sudah tiba masanya untuk berlumba dan saya berasa amat teruja mengenainya. KRT sentiasa melakukan yang terbaik untuk pelancaran pasukan dan mereka berasa amat teruja dengan kemasan grafik terbaru ini. Ianya memberikan anda satu perasaan seakan anda sedang mengalami sesuatu yang baru pada setiap masa. Untuk berada di acara bartahap tinggi seperti ini membuatkan diri saya terasa bangga menjadi penunggang Kawasaki.”

Bagi teman sepasukannya yang sama besar bakatnya, Tom Sykes, yang telah menggondoli kejohanan buat Kawasaki pada tahun 2013 yang lalu,”Segalanya mungkin berlaku pada tahun ini dan kami telah menjalani program ujian yang amat baik sekali, walaupun dengan adanya perubahan peraturan. Pada ketika ini saya rasa kami sudah cukup bersedia. Pelancaran yang telah diadakan di ibu pejabat pasukan teramatlah hebat dan semua yang terlibat telah melaksanakan tugas yang amat baik sekali. Ianya cukup sesuai sekali, dan jumlah usaha yang ditunjukkan ini adalah cara yang hebat untuk memulakan musim.”

Kawasaki Racing Team, bersama dengan para penunggang utama mereka akan menuju ke Phillip Island, Australia pada hujung minggu ini bagi menguji motosikal mereka sebelum pusingan pertama pada 25 Februari 2018 di litar yang sama.

Sumber: WorldSBK

Motosikal Kawasaki Ninja ZX-10RR WorldSBK Lebih Pantas Daripada Motosikal MotoGP?

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.