Pegawai perbandaran Misano telah meluluskan pembinaan taman memorial Nicky Hayden di Rimini, Itali. Terletak di lokasi insiden kemalangan pada tahun lalu, taman ini akan dinamakan “Giardino Nicky Hayden”. Taman ini hanya beberapa minit sahaja dari Misano World Circuit Marco Simoncelli dan akan dirasmikan pada 22 Mei 2018.
Category: news
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin telah menyatakan bahawa mereka sedang membangunkan pelan untuk sebuah litar lumba bagi setiap negeri dalam masa lima ke sepuluh tahun. Beliau yang bertanggungjawab ke atas Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah membuat pengumuman tersebut pada hujung minggu lalu sewaktu pusingan pertama Cub Prix Malaysia 2018. Projek mereka yang sedang…
Terdapat pelbagai spekulasi tentang bagaimana Hafizh Syahrin telah terpilih untuk menunggang bagi pasukan Monster Yamaha Tech3 dalam MotoGP. Ketua pasukan, Herve Poncharal, telah mendedahkan apa yang telah berlaku di dalam satu temubual bersama MotoGP. Diharap dengan pendedahannya itu dapat menghapuskan sebarang keraguan.
Motosikal Lamborghini Design 90 telah diperkenalkan pada tahun 1986. Lamborghini ingin mempelbagaikan portfolio mereka pada waktu itu. Salah sebuah daripada motosikal ini telah dilelong di England baru-baru ini.
Millennium Welt dan BMW Motorrad Malaysia telah membuka wakil pengedar BMW Motorrad pertama di Negeri Sembilan. Terletak di Seremban, ianya wakil pengedar BMW Motorrad ke-11 di Malaysia. Penggemar dari kawasan berhampiran kini boleh melihat sendiri motosikal terkini BMW tanpa perlu pergi jauh.
Malaysia Bike Week 2018 (MBW2018) akan memperagakan koleksi peribadi Sultan Johor. Dari motosikal Harley Davidson hinggalah ke kenderaan klasik, koleksi peribadi Baginda dikenali sebagai salah sebuah koleksi yang terbaik di seluruh dunia. Festival MBW2018 akan berlangsung pada minggu hadapan (23 – 25 Mac 2018) di MAEPS Serdang.
Berita yang telah tersebar dalam dunia permotosikalan telah mengandaikan kemunculan semula pengeluar dari Itali, Cagiva pada tahun 2019. Dimiliki oleh MV Agusta pada ketika ini, Cagiva akan dihidupkan semula sebagai jenama yang mengeluarkan motosikal elektrik. Model terbaru mereka akan dipersembahkan pada lewat tahun ini (kemungkinan paling cerah adalah sewaktu acara EICMA 2019).
Pemilik motosikal dengan ekzos yang lantang mungkin akan dikenakan denda RM100,000 atau penjara selama lima tahun sekiranya didapati bersalah di bawah Akta Alam Sekitar. Polis DiRaja Malaysia (PDRM) merancang untuk bekerjasama dengan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dalam sebagai salah satu cara menangani masalah mat rempit. Sebarang pengubahsuaian ekzos melebihi had 75dB (desibel) dianggap…
Sekumpulan penunggang motosikal telah memulakan satu inisiatif bagi menangani isu kecurian kelengkapan motosikal yang semakin meningkat. Satu borang Kajiselidik Google telah dibuat bagi mengumpulkan seberapa banyak maklumat yang boleh bagi membanteras jenayah ini. Maklumat yang telah dikumpul kemudiannya akan diserahkan kepada pihak berkuasa dengan harapan yang jenayah ini dapat ditangani sebaik mungkin.