Sebuah paten yang menunjukkan sebuah motosikal Honda tiga roda telah tersebar di atas talian. Meskipun ia tertulis sebagai “dua atau enam silinder”, kami amat yakin yang ia akan menggunakan enjin ‘flat-Six’ model Gold Wing. Adakah ini pertaruhan Honda bagi mencabar model Yamaha Niken?
Category: Motosikal tiga roda
Skuter tiga roda, Adiva AD3 400, telah dilancarkan. Ia didatangkan dengan dua roda hadapan dan bumbung boleh lipat. Model AD3 telah digunakan oleh Polis Singapura semenjak tahun 2014.
Sebuah paten bagi motosikal Yamaha V-Max tiga roda 1,700cc telah muncul atas talian. Paten tersebut menunjukkan sebuah motosikal tiga roda mirip Yamaha V-Max dengan bahagian hadapan ala ‘wishbone’. Motosikal V-Max adalah salah sebuah motosikal Yamaha paling berkuasa dengan enjin V4 1,679cc yang menghasilkan 200hp dan 167Nm.
Yamaha telah mengumumkan bahawa motosikal kelas pertengahan Yamaha Niken mungkin akan tiba dalam masa yang terdekat. Motosikal Yamaha Niken 2019 ini dijana oleh enjin tiga selari 847cc yang sama seperti motosikal MT-09. Kami ramalkan yang versi bersaiz sederhana akan datang lengkap dengan enjin dwi-silinder 869cc dari motosikal MT-07.
Kawasaki USA baru-baru ini telah mengeluarkan sebuah video mengenai sebuah motosikal tiga roda, Kawasaki J Concept 2018. Nampaknya Kawasaki kini kembali mengusahakan motosikal tiga roda dengan munculnya klip video serba baru ini. Motosikal J Concept ini berkemampuan untuk menyampaikan maklumat dengan sempurna kepada penunggang dan bercirikan beberapa mod tunggangan yang membolehkan perubahan yang menyeluruh pada…
Yamaha Motor Japan telah mengumumkan bahawa mereka telah memperoleh beberapa buah paten motosikal tiga roda yang menakjubkan dari Brudeli Tech. Syarikat yang bertapak di Norway tersebut memberikan tumpuan besar kepada teknologi automotif dan kenderaan Brudeli Leanster mereka adalah bukti pencapaian mereka. Pemerolehan ini menunjukkan yang Yamaha benar-benar berminat dalam membangunkan lagi pelaburan mereka bagi usaha…
Rangkaian Polaris Slingshot 2018 telah dikemaskini dengan beberapa penambahbaikan yang baru termasuk model Polaris Slingshot SLR 2018 ‘Edisi Khas’. Kesemua model terkini Polaris Slingshot dijana oleh enjin empat silinder 2,384cc DOHC, VVT, yang menghasilka 173hp dan 225Nm tork. Terdapat empat model yang disediakan untuk tahun 2018 bermula dari $19,999 (kira-kira RM85,595) iaitu model…