Motosikal Kelas Pertengahan Yamaha Niken Bakal Tiba?

  • Yamaha telah mengumumkan bahawa motosikal kelas pertengahan Yamaha Niken mungkin akan tiba dalam masa yang terdekat.
  • Motosikal Yamaha Niken 2019 ini dijana oleh enjin tiga selari 847cc yang sama seperti motosikal MT-09.
  • Kami ramalkan yang versi bersaiz sederhana akan datang lengkap dengan enjin dwi-silinder 869cc dari motosikal MT-07.

Selepas pelancaran yang telah diadakan baru-baru ini untuk motosikal tiga roda yang sedia untuk dikeluarkan, Yamaha Niken, Yamaha Japan mempunyai lebih banyak pelan untuk memperkembangkan lagi jentera ‘Leaning Multi-Wheeler (LMW) mereka menjadi satu rangkaian penuh motosikal.

Selepas pelancaran skuter Yamaha Tricity, Yamaha tampak sudah bersedia untuk melancarkan sebuah lagi varian motosikal tiga roda yang akan terletak di antara motosikal 847cc Niken dan skuter 125cc Tricity. Kami amat berharap sekali yang ianya merupakan sebuah motosikal Niken bersaiz sederhana, dijana oleh enjin empat selari 599cc Yamaha YZF-R6 (namun kemungkinan itu tampak tipis sekali).

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Yamaha, Encik Yoshihiro Hidaka, “Sejak pelancaran skuter berulang alik Tricity pada tahun 2014, kami telah meneruskan aktiviti kajian dan pembangunan, dan sewaktu Tokyo Motor Show pada tahun lalu, kami telah mempersembahkan sebuah model lumba bersaiz besar Niken, yang akan dilancarkan di pasaran pada tahun ini. Tidak terhad kepada dua model ini sahaja, kami akan memngembangkan lagi pasaran dengan LMW yang baru.”

Kita juga sudah sedia maklum yang Yamaha telah membuat pelaburan yang besar dalam teknologi tiga roda menyondong dan ianya diperkukuhkan lagi apabila mereka telah membeli beberapa buah paten dari pengeluar motosikal tiga roda menyondong terkemuka dari Norway, Brudelli.

Brudelli terkenal dengan motosikal bersaiz sederhana Leanster mereka, seperti motosikal yang amat berkebolehan, Brudelli 654L. Keseluruhan casis, suspensi serta bahagian-bahagian yang lain pada motosikal Leanster itu dibina khusus bagi mengendalikan enjin satu silinder 654cc-nya itu yang telah diambil dari rangkaian 690 KTM. Dengan kelajuan 63hp dan 65Nm tork, motosikal 654L ini mampu mencecah kelajuan 170km/j yang menakjubkan.

Berkenaan motosikal Yamaha Niken bersaiz sederhana pula, ianya pasti amat menarik sekali jika mereka menggandingkannya dengan enjin empat selari dari motosikal YZF-R6. Oleh kerana motosikal Niken ini dijana oleh enjin yang sama terdapat pada motosikal MT-09, boleh diandaikan yang motosikal tiga roda bersaiz sederhana terbaru ini akan dijana oleh enjin dwi-silinder 689cc dari motosikal MT-07 bagi memastikan harganya kekal berdaya saing sebaik sahaja ianya dilancarkan untuk jualan.

Yamaha Melabur Lebih Banyak Dalam Teknologi Tiga Roda; Memperoleh Paten Brudeli Leanster

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.