Saksikanlah Motosikal-Motosikal Replika Yang Berada Di Pakistan Ini!

Advertisements

  • Terdapat sebuah pasaran bagi motosikal replika China yang sedang pesat membangun di negara-negara seperti Pakistan.
  • Sigma Motorsports telah merebut peluang keemasan ini menyediakan pelbagai jenis motosikal replika.
  • Motosikal-motosikal seperti Ducati 848, BMW S 1000 RR, KTM Duke, Honda CBR250R dan bermacam-macam lagi dijual di Pakistan dalam versi berkapasiti kecil.

China adalah sebuah negara yang cukup terkenal dengan perniagaannya yang pesat di dalam apa jua bidang sekali pun. Sebagai salah sebuah negara kuasa dunia yang paling pesat membangun, ekoominya juga turut mengikut langkah pembangunantersebut, termasuklah bagi pasaran barangan tiruan. Dan ya, kenderaan dan motosikal juga turut mereka tiru.

Majoriti motosikal tiruan tidak akan berani untuk keluar dari pasaran China dan menuju ke tempat seperti Amerika Syarikat atau pun Eropah. Namun, ianya tidak bermakna mereka tidak akan cuba masuk ke negara-negara yang lain. Pakistan adalah salah sebuah daripada negara tersebut. Di sini kami senaraikan beberapa contoh motosikal tiruan berbanding dengan motosikal yang ditirunya.

SIGMA LION 150 – BAJAJ PULSAR RS200

Contoh pertama adalam motosikal Lion 150 yang telah dikeluarkan oleh Sigma Motorsports. Sekilas pandang anda pasti sudah tahu siapa yang ditirunya. Pengeluar dari China itu telah mengambil rekaan tersebut, dan melengkapkannya dengan enjin sejukan cecair satu silinder 150cc. Dengan berat keseluruhan sekitar 130kg, motosikal Lion 150 ini mampu mencapai kelajuan tertinggi 100km/j.

Dengan tanda harganya pada 180,000PKR (sekitar RM10,826), adalah lebih baik jika kita pilih sahaja motosikal yang lebih berkebolehan, Modenas Pulsar RS200.

SIGMA ROKK – KTM 200 DUKE

Sebuah lagi motosikal tiruan dari Sigma Motorsports. Walaupun namanya berbeza, rekabentuknya saling tidak tumpah seperti sebuah motosikal KTM 200 Duke. Kami telah dimaklumkan bahawa model ini adalah sebuah model yang teramat popular di Pakistan dan ianya dijana oleh enjin sejukan udara satu silinder 150cc. Bagaimana dengan kuasa dan torknya? Cukuplah sekadar kami kata yang ianya lebih berbaloi untuk mendapatkan versi yang asli dari KTM.

Di tahap harga 225,000PKR (Rupee Pakistan) (RM7,966), ianya harga yang agak murah namun kami jangka selain rupabentuknya, tiada apa yang lain yang boleh ditawarkannya.

SIGMA YCR 150 – HONDA CBR250R

Satu corak telah mula kelihatan dan seperti yang dapat anda jangkakan, nama Sigma Motorsports muncul sekali lagi. Motosikal YCR 150 adalah versi motosikal Honda CBR250R yang telah diklonkan. Di mana motosikal CBR tersebut sudah tidak dijual di negara tersebut, warga Pakistan masih boleh mendapatkan motosikal dengan rupabentuk yang sama pada harga 280,000PKR (RM9,913).

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Malah, mereka juga turut menawarkan edisi Repsol Honda! Seperti model-model yang lain, motosikal YCR 150 ini dijana oleh enjin satu silinder 150cc yang dihasilkan oleh LIFAN Motorcycle dari China.

SIGMA THUNDER 250 – YAMAHA YZF-R25

Salah sebuah model 250cc paling popular di dalam negara kita, iaitu Yamaha YZF-R25, datang dalam bentuk sebuah motosikal Sigma Thunder 250 di pasaran Pakistan. Ia dilengkapi dengan enjin SOHC dwi-silinder 250cc dengan sejukan cecair dengan rekabentuknya langsung tidak berubah berbanding motosikal asal dari Yamaha.

Motosikal Thunder 250 ini dilengkapi dengan cakera brek hadapan berganda, pelbagai pilihan warna, serta “kelengkapan antarabangsa”. Ianya berharga 470,000PKR (RM16,640).

Jika anda inginkan sesuatu yang lebih berkuasa tetapi bukan yang original, Sigma Motorsports mempunyai sebuah model, Valentino 350R, yang mana mereka dakwa sebagai ‘buatan China, rekabentuk asli Itali’, sama seperti namanya. Tetapi, pada pandangan kami, ia masih kelihatan seperti sebuah rekaan dari China.

SIGMA WARRIOR 350 – DUCATI 848

Model ini adalah model tiruan pertama yang menarik minat kami, berbanding yang lain-lain.Motosikal Warrior 350 ini memberi penghormatan kepada salah sebuah motosikal superbike Ducati terhebat pada zamannya (sehingga kini), iaitu motosikal Ducai 848.

Rupa paras yang sama, warna merah Ducati yang sama, tetapi, tanpa segala-galanya yang menjadikannya sebuah Ducati. Motosikal Warrior 350 ini dijana oleh enjin sejukan cecair dwi-silinder 350cc serta ciri-ciri yang lain seperti rekabentuk Itali buatan China, enjin yang berkuasa, kemasan yang rapi, dan ciri yang paling kami gemari, waranti sehingga 1,500km! Bukan 15,000km ya tuan-tuan dan puan-puan, 1,500km sahaja.

Motosikal Warrior 350 ini telah ditetapkan harganya pada harga 665,000PKR (RM23,544). Sekurang-kurangnya ekzos pada motosikal ini kelihatan agak elok, agak mirip seperti yang ada pada motosikal MV Agusta F4. Kot.

SIGMA SCORPION 350RR – BMW S 1000 RR

Idamkan motosikal yang tampak mirip seperti BMW S 1000 RR tetapi anda tiada sejumlah RM100,000 untuk dibelanja? Pergi sahaja ke Pakistan dan dapatkan motosikal 350 cc, Sigma Scorpion 350RR! Dijana oleh enjin yang sama seperti motosikal Warrior, motosikal Scorpion ini tampak agak menggiurkan.

Ianya diilhamkan dari motosikal S 1000 RR, jadi, sudah pasti sebagai replika pun ianya amat memikat, bukan? harganya? 575,000PKR (RM20,357). Ciri-ciri lain adalah seperti cakera brek hadapan berkembar, kotak gear lima kelajuan, dan tangki bahanapi 13 liter.

Sekiranya anda melayari laman sesawang Sigma Motorsports dari Lifan Motorcycles, anda akan dapat melihat rangkaian penuh motosikal yang ‘diilhamkan’ dari motosikal-motosikal yang lain dari pelbagai pengeluar dari seluruh dunia. Tiada apa lagi yang mampu kami katakan mengenainya.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.