Tunggang Uji Yamaha XT1200Z Super Ténéré 2015

Artikel oleh: Wahid Ooi Abdullah

  • Yamaha Super Ténéré merupakan sebuah nama yang berlegenda.
  • Ia melambangkan sebuah motosikal kembara yang teguh, boleh diharap dan mampu untuk ke mana sahaja.
  • Motosikal ‘Super Ten’ ini dilengkapi dengan suspensi elektronik dari tahun 2016 ke atas, model yang diuji adalah model tahun 2015.

Sewaktu zaman kegemilangan Rali Paris-Dakar, dari pertengahan tahun 80-an hingga 90-an, motosikal berbilang silinder, berkapasiti besar adalah raja gumuk pasir di gurun Sahara. Apa yang telah dimulakan oleh BMW dengan motosikal R80G/S telah menjadi perang persenjataan di kalangan pengeluar, di mana jentera mereka bersaing di antara satu sama lain di gumuk-gumuk pasir bagi merangkul takhta sebagai juara perlumbaan rali paling mencabar dunia. Ianya merupakan pentas bagi membuktikan reliabiliti dan teknologi motosikal setiap pengeluar.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Dari sini, lahirlah pelbagai motosikal yang bersejarah, hasil dari kejayaan mereka dalam rali tersebut. Salah sebuah daripadanya adalah Yamaha Ténéré.

Ténéré membawa maksud ‘gurun’ dalam bahasa Tuareg. “Ténéré” itu sendiri merupakan sebuah kawasan pasir landai seluas 400,000km per segi, dari Niger ke Chad. Suhu di sini kebiasaannya mencecah sehingga 50 darjah Celsius pada musim panas, taburan hujan tahunan maksima sebanyak 15mm sahaja. Dengan erti kata lain, ianya di antara tempat yang paling kontang di atas dunia. Walaupun wilayah “Ténéré’ ini mewakili hanya satu bahagian dalam perlumbaan rali ini, ianya bahagian yang paling sukar buat ke semua peserta; sudah ramai yang kehilangan nyawa mahu pun hilang tanpa kesan langsung.

Sewaktu zaman kegemilangannya, motosikal yang telah menyertai rali ini tidak lebih daripada motosikal enduro yang telah diubah suai. Yamaha merangkul dua kemenangan Paris-Dakar yang pertama pada tahun 1979 dan 1980 dengan motosikal XT600Z Ténéré yang dikemudi oleh penunggang dari Perancis, Cyril Neveu. Ianya merupakan sebuah motosikal enduro satu silinder yang diubah suai dari motosikal XT550.

Saban tahun, motosikal Ténéré menjadi semakin besar walaupun saiz enjinnya kekal sama, sehinggalah pada tahun 1989, di mana Yamaha memperkenalkan XTZ750 Super Ténéré.

Bercirikan enjin berkembar selari, lima omboh bagi setiap silinder, sejukan cecair, motosikal XTZ750 versi perlumbaan, YZE750, berjaya memenangi perlumbaan Dakar tersebut sebanyak dua kali, diikuti dengan empat kejuaraan dengan versi 850cc.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kejayaannya dalam perlumbaan rali tersebut telah melonjak nama motosikal Yamaha Super Ténéré sebagai salah sebuah motosikal dwi-sukan paling ikonik sepanjang zaman.

Versi semasa motosikal ini telah dikeluarkan pada tahun 2010, dengan nama XT1200Z Super Ténéré, atau lebih dikenali ramai sebagai “Super Ten”. Yamaha memutuskan untuk membesarkan gereknya untuk bersaing dengan motosikal BMW R 1200 GS, di samping mengekalkan templat motosikal adventure-tourer jarak jauh selesa XTZ750 tersebut.

Ianya merupakan sebuah mahakarya teknologi sewaktu pelancarannya, bercirikan enjin berkembar selari, empat omboh bagi setiap silinder, sejukan cecair. Namun perbezaannya di sini adalah pada aci engkol 270 darjah yang meniru aturan pembakaran sebuah enjin V-Twin 90 darjah (yang pada mulanya dapat dilihat pada TDM850, Yamaha telah menggelarnya sebagi “crossplane”, kini cukup sebati dengan jenama Yamaha), YCC-T (Yamaha Computer Controlled Throttle), pendikit ‘ride-by-wire’ pertama Yamaha, kawalan cengkaman 3-arah dan ABS berpaut.

Pemilik suka akan motosikal Super Ténéré ini kerana keselesaannya, jarak yang boleh ia rentasi dan kebolehan mengangkut bagasi. Setakat ini motosikal itu hanya telah diberikan kemaskini kecil sebelum ianya dilengkapi dengan suspensi elektronik bermula dengan model 2016.

Diuji di sini adalah motosikal Super Ténéré 2015, yang telah dibawa masuk oleh Hong Leong Yamaha Motors Sdn. Bhd. untuk diperagakan di ibu pejabat mereka di Sungai Buloh.

Ianya merupakan model sama yang telah ditunggang penulis sewaktu ‘GIVI Wilderness Adventure 2015’ di Afrika Selatan! Sejak daripada waktu itu, penulis ingin sekali mengetahui prestasi motosikal Super Ténéré di atas jalan raya Malaysia, di ini adalah peluang keemasan untuk mengujinya dengan betul-betul.

Tanggapan pertama: Tiada orang yang akan mengatakan bahawa motosikal ini kecil, namun, saiz tangki dan bahagian hadapan motosikal ini cukup mengagumkan saya. Berdiri bagaikan patung lembu jantan tembaga di hadapan Bursa Malaysia. Yamaha mendakwa yang berat basah motosikal Super Ten ini adalah 261kg.

Memanjatnya juga ternyata agak mudah, tanpa perlu memanjatnya seperti anda menaiki kuda. Sahabat saya, Jeya, telah mengajar satu teknik untuk mengangkat tongkat sisi motosikal yang besar dan tinggi. Pusingkan palang pemegang sedikit ke arah kanan, tolaknya sambil mengalihkan berat bahagian atas badan anda ke arah kanan. Siap! Cukup mudah sekali.

Ditetapkan pada posisi yang lebih rendah, saya dapat menyentuh tanah dengan kedua-dua belah kaki, walaupun dengan bahagian tengahnya yang luas, yang bercantum dengan tangki. Memulakan perjalanan juga cukup mudah, tanpa berasa seperti motosikal tersebut ingin terbalik.

Melihat paparan gugusan instrumen LCDnya itu, ianya dipenuhi dengan pelbagai maklumat. Skrin yang sama juga boleh didapati pada motosikal MT-09 Tracer dan ia juga memaparkan data yang sama. Dan oleh kerana itu, ianya mudah untuk membiasakan diri dengan ke semua kawalan yang berada di sebelah kiri palang pemegang, walaupun saya berharap sangat yang suis untuk menukar informasi itu berada di tempat suis kawalan bersiar, kerana saya perlu menekannya di atas tempat itu bagi membelek menunya.

Satu lagi perkara yang saya harap Yamaha akan rombak semula adalah suis untuk kawalan cengkaman. Suis mod tunggangan berada di sebelah kanan palang pemegang, namun, anda perlu menggerakkan jari anda jauh ke hadapan bagi mencapai butang TCS. Satu lagi sungutan yang saya ada ialah kita tidak boleh menukar mod tunggang dan tahap TCS sewaktu dalam perjalanan.

Bagaimana pun, jomlah tork yang besar membuatkan motosikal ini cukup mudah untuk ditunggang kerana ia melalui keseluruhan gearnya dengan lancar sekali. Di atas lebuh raya, motosikal Super Ténéré ini cukup pantas dan bersahaja. Suspensinya amat selesa pada kelajuan bersiar namun bahagian hadapannya terasa ringan pada kelajuan yang (lebih) tinggi. Ianya boleh dirasai apabila cuba memandu arah motosikal memasuki selekoh pada kelajuan yang melebihi had laju. Ini disebabkan oleh ‘rear weight bias’ motosikal tersebut, di mana palang pemegang akan cuba memastikan yang penunggang berada dalam posisi menunggang yang tegak. Dan oleh kerana itu, beratnya akan kekal di antara kedua-dua lengan, dan tidak lari walaupun untuk penunggang bersaiz kecil seperti penulis.

Namun, menunggang dalam kedudukan menegak itu baik untuk perjalanan jarak jauh. Skrin penghadang anginnya mungkin sekali kecil, tetapi, ia menempias angin dari bahagian badan dan muka anda. Pelananya lebar dan tebal.

Yamaha berjaya menghapuskan “shaft jacking” pada motosikal ini, dan untuk itu saya amat menghargainya. Bahagian belakang motosikal bertork tinggi yang dipacu aci pandu cenderong untuk ‘terangkat’ sewaktu pemecutan, tetapi, pada motosikal Super Ten ini, ianya tidak dirasai. Walau bagaimana pun, anda diingatkan untuk memasuki selekoh selancar yang mungkin, dan selalunya, pada satu gear yang lebih tinggi bagi menghindari tork belakang mendadak. Jika dilakukan dengan betul, motosikal ini pasti akan meluncur laju melalui selekoh.

Kami berpeluang untuk menguji motosikal Super Ten ini di atas jalan tanah merah sewaktu liputan acara Rimba Raid. Ditunggang pada kelajuan perlahan dengan penunggang berdiri di atas tempat letak kaki, motosikal itu kekal teguh, walaupun dengan tayar kembara yang lebih untuk jalan raya, Bridgestone Battle Wing.

Daya kilas enjinnya itu membolehkan anda berada di gear kedua dan anda hanya perlu memainkan klacnya tanpa perlu memulaskan pendikit. Memudahkan tugas sewaktu menunggang di laluan denai ‘off-road’.

Secara keseluruhannya, kami amat suka akan motosikal XT1200Z Super Ténéré ini. Walaupun tidak ada sebarang kecelaan besar mengenainya, dan ianya merupakan model 2015, ia terasa agak ‘tua’ berbanding dengan motosikal kembara bergerek besar lain yang ada di pasaran kini. Seadanya, ianya masih sebuah motosikal yang mengagumkan untuk ditunggang. Pasti lebih menarik lagi jika kami dapat menguji jentera XT1200Z Super Ténéré ES yang terkini, “ES” untuk “Electronic Suspension”.

Spesifikasi Teknikal

ENGINE
Engine type Liquid-cooled, 4-stroke, DOHC, 8-valves, parallel-Twin, 270o crank
Compression ratio 11.0 : 1
Bore X Stroke 98.0 mm X 79.5 mm
Displacement 1199 cc
Fuel system Electronic fuel injection with YCC-T
Maximum power 110 bhp (82.4 kW) @ 7250 RPM
Maximum torque 117 Nm (86.3 ft.-lbs.) @ 6000 RPM
TRANSMISSION  
Clutch Wet, multi-plate clutch
Gearbox 6-speed
CHASSIS
Front suspension 43mm USD forks (BPF), adjustable for preload, compression damping and rebound damping, 190 mm travel
Rear suspension Monoshock, adjustable for preload and rebound damping, 190 mm travel
Front brakes Dual 310 mm discs
Rear brake Single 282 mm disc
ABS ABS and Unified Brake System
Front tyre 110/80-R19
Rear tyre 150/70-ZR17
FRAME & DIMENSIONS
Frame Steel tube backbone
Swingarm Two-sided
Trail 126.0 mm
Rake 28 degrees
Wheelbase 1540 mm
Seat height 845/870 mm
Dry weight 261 kg
Fuel capacity 23 litres

Galeri Gambar

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.