Pelaburan Motosikal Elektrik Yang Seterusnya dari Harley-Davidson!

  • Dalam satu langkah untuk membangunkan motosikal elektrik mereka yang akan datang, Harley-Davidson telah mengumumkan satu kerjasama teknikal bersama Alta Motors.
  • Kedua-dua pengeluar dari Amerika Syarikat tersebut akan mengusahakan dua motosikal elektrik keluaran Harley-Davidson yang pertama, yang bakal tiba seawal tahun 2019.
  • Alta Motors merupakan pakar dalam motosikal elektrik dan baru-baru ini telah melancarkan motosikal ‘dirt bike’ elektrik terkini mereka yang bergelar Redshift MXR.

Harley-Davidson telah mengumumkan pelaburan mereka dalam syarikat Alta Motors bagi membangunkan lagi motosikal elektrik mereka yang akan datang. Kerjasama teknikal yang telah terjalin di antara kedua-dua syarikat dari Amerika Syarikat ini akan membuahkan hasil dalam bentuk pembangunan beberapa buah motosikal elektrik baru dalam masa yang terdekat ini.

 

Ianya merupakan satu langkah yang bijak bagi kedua-dua Harley-Davidson dan Alta Motors kerana kedua-dua belah pihak akan mendapat manfaat yang besar dari kerjasama yang baru dijalinkan ini.Dengan adanya Alta Motors sebagai rakan kerjasama teknikal baru Harley-Davidson, kepakaran Alta Motors dalam dunia motosikal elektrik dan teknologi moden akan membantu mereka dalam usaha bersejarah mereka untuk membentuk masa hadapan kenderaan dua roda.

Bagi Alta Motors pula, mereka akan mendapat manfaat yang besar dari kerjasama ini melalui sokongan kewangan yang besar dari Harley-Davidson, selain daripada hubungan kepada aset, pembekal peralatan, serta jaringan pengedar luas yang merentasi seluruh dunia. Ini juga akan meningkatkan lagi portfolio keseluruhan syarikat berkenaan yang pasti akan menarik minat mana-mana pelabur atau projek yang akan datang.

Harley-Davidson menyatakan bahawa Alta Motors telah membuktikan diri mereka sebagai pakar dalam dunia motosikal elektrik dan dengan kekuatan dan kebolehan mereka, ia pasti akan mempercepatkan lagi penghasilan motosikal elektrik cruiser yang pertama keluaran Harley-Davidson. Berdasarkan pelan 10 tahun pengeluar tersebut, kita mungkin sekali akan dapat menyaksikan kemunculan jentera elektrik mereka yang pertama seawal tahun 2019.

Alta Motors masih boleh dianggap sebagai ‘budak baru’ dalam kancah pengeluaran motosikal, namun, model Redshift MXR mereka yang terkini telah dianggap sebagai salah sebuah jentera motocross janaan elektrik yang paling berkebolehan pernah dihasilkan. Model ini mampu menghasilkan 50hp dan hampir 200Nm tork maksimum!

https://youtu.be/gTOtHiALQ1Q

Dan dengan permohonan cap dagang yang telah dibuat baru-baru ini oleh Harley-Davidson untuk bateri dan ‘drivetrain’ elektrik di bawah nama “Revelation”, kami mempunyai sebab yang kuat untuk mempercayai bahawa motosikal elektrik keluaran mereka yang pertama itu pasti akan mengujakan semua.

Teruskan setia bersama kami di MotoMalaya untuk perkembangan terkini segenap dunia permotoran.

Motosikal Elektrik Harley-Davidson Yang Berikutnya Akan Dinamakan Revelation?

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]