ads

Motosikal Yamaha V-Max Tiga Roda 1,700cc Sedang Dibangunkan?

  • Sebuah paten bagi motosikal Yamaha V-Max tiga roda 1,700cc telah muncul atas talian.
  • Paten tersebut menunjukkan sebuah motosikal tiga roda mirip Yamaha V-Max dengan bahagian hadapan ala ‘wishbone’.
  • Motosikal V-Max adalah salah sebuah motosikal Yamaha paling berkuasa dengan enjin V4 1,679cc yang menghasilkan 200hp dan 167Nm.


Pengeluar motosikal Jepun, Yamaha, merupakan salah sebuah pengeluar yang telah membuat pelaburan yang besar dalam jabatan kajian dan penyelidikan mereka bagi membangunkan motosikal tiga roda berkuasa tinggi. Dan walaupun mereka baru sahaja memperkenalkan Yamaha Niken, sebuah jentera tiga roda serba baru telah pun mereka bangunkan dan ianya kedengaran amat menakjubkan.

Nampaknya mereka telah memfailkan paten bagi sebuah motosikal tiga roda boleh menyondong yang mirip salah sebuah motosikal pengilangan paling berkuasa pernah mereka bina, iaitu V-Max. Rangkaian ‘Leaning Multi-Wheel (LMW) mereka akan menyaksikan satu pertambahan baru yang dilengkapi dengan enjin V4, 1,679cc Yamaha yang mampu menghasilkan 200hp dan 167Nm tork.

Satu perkara yang berbeza sewaktu meneliti paten tersebut adalah atur cara ala ‘wishbone yang telah digunakan, yang lebih kerap digunapakai dalam kereta perlumbaan. Yamaha Niken semasa menggunakan bantuan beberapa fork teleskopik yang dipaut pada “transverse parellelogram linkage” bagi membantu ia untuk menyondong.


Ianya dalam kemampuan teknologi Yamaha yang telah memperolehi beberapa buah paten daripada sebuah pengeluar motosikal tiga roda yang terkemuka, Brudeli. Idea asal untuk sebuah motosikal Yamaha V-Max tiga roda telah timbul pada tahun 2016, dan kemungkinan yang ianya bakal menjadi kenyataan adalah amat tinggi dengan ke semua teknologi yang telah mereka perolehi.

Motosikal Kelas Pertengahan Yamaha Niken Bakal Tiba?

 

Leave a Reply