Adiva AD3 400 Dilancarkan – Dari RM38,800

  • Skuter tiga roda, Adiva AD3 400, telah dilancarkan.
  • Ia didatangkan dengan dua roda hadapan dan bumbung boleh lipat.
  • Model AD3 telah digunakan oleh Polis Singapura semenjak tahun 2014.

Model Adiva AD3 400 telah dilancarkan pada hujung minggu lalu dan menerima sambutan yang hangat.

Ianya merupakan motosikal tiga roda terkini yang tiba di pasaran Malaysia, tetapi ianya bukan sekadar sebuah skuter yang dilengkapi dengan bumbung dan bonet. Kami telah mendapati yang ibu syarikatnya telah menjalankan tugas kejuruteraan yang hebat sebelum menawarkan model AD3 400 ini dalam pasaran.

Antara tarikan model Adiva AD3 400 ini adalah:

  • Dua buah roda hadapan dengan topang ‘wishbone’ dan suspensi bebas.

  • Bumbung boleh lipat, yang mana boleh dilipat menjadi saiz kecil dan disimpan dalam bonet.
  • Penghadang angin besar yang melindungi penunggang dari sinar UV, cuaca dan habuk puing.
  • Pengelap cermin dengan jet bendalir pencuci cermin.
  • Bonet 90 liter yang boleh memuatkan dua helmet, kelengkapan menunggang, dan beg (sewaktu dipasang).

  • Enjin satu silinder, empat injap, OHC, 4 lejang, sejukan cecair, 399cc yang cukup berkuasa.
  • Penjana kuasa suntikan bahanapi yang menghasilkan sejumlah 36.7hp (27.4kW) pada 7,250rpm, dan 38.1Nm pada 5,500rpm.
  • Keseluruhan kuasanya dipacu ke roda belakang melalui transmisi ‘constantly variable transmission’ (CVT).

  • Tolok analog berganda dengan skrin LCD tengah.

Syarikat Adiva bermula di Itali pada tahun 1996 dan memulakan pengilangannya pada tahun 2001. Mereka kemudiannya telah memulakan pengilangan mereka di Taiwan pada tahun 2008, manakala ibu pejabat dan fasiliti kajian dan pembangunan mereka kekal di Itali. Sebuah pengedar Jepun telah ditubuhkan pada tahun 2015. Dua tahun kemudian, pada tahun 2017, Adiva telah membuka satu lagi tapak pengilangan di China. Akhir sekali, syarikat ini telah membuka sebuah fasiliti pengilangan di Malaysia pada tahun 2018 bagi menyokong jualan di rantau Asia.

Adiva keluaran tahun 2001 hingga 2006 dianggap ramai sebagai skuter dengan pengendalian yang lebih baik berbanding skuter berbumbung BMW C1. Pada tahun 2014, model AD3 telah mula digunakan oleh Polis Singapura, manakala model AR3 telah digunakan oleh perkhidmatan pos Singapura.

Ini bermakna yang model Adiva AD3 ini bukan sekadar sebuah model novelti. Sebaliknya, ianya sebuah model yang telah terbukti keberkesanannya di negara-negara lain sebelum ianya diperkenalkan di tanah air kita.

Majlis pelancarannya telah diadakan pada hari Sabtu, 24 November, dan disaksikan oleh pengedar rasminya. Mereka telah diberikan peluang untuk menunggang uji motosikal ini dan maklum balas yang diberikan adalah positif. Adiva Distribution (M) Sdn. Bhd. juga turut mendapatkan khidmat penunggang lagak ngeri dari Jepun bagi mendemonstrasikan kelincahan skuter Adiva AD3 400 ini.

Model Adiva AD3 400 yang asas telah ditetapkan pada harga RM38,800 (harga jualan asas, tidak termasuk cukai jalan dan insurans). Sport rim hadapan adalah kelengkapan tambahan yang berharga RM1,600.

Kami berharap dapat menunggang uji motosikal ini dalam senario dunia sebenar dalam masa terdekat, jadi nantikannya!

GALERI GAMBAR

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.