Motosikal Tiga Roda Kawasaki J Concept Kini Kembali Lagi?

  • Kawasaki USA baru-baru ini telah mengeluarkan sebuah video mengenai sebuah motosikal tiga roda, Kawasaki J Concept 2018.
  • Nampaknya Kawasaki kini kembali mengusahakan motosikal tiga roda dengan munculnya klip video serba baru ini.
  • Motosikal J Concept ini berkemampuan untuk menyampaikan maklumat dengan sempurna kepada penunggang dan bercirikan beberapa mod tunggangan yang membolehkan perubahan yang menyeluruh pada sifat motosikal berkenaan.

Kawasaki USA baru-baru ini telah menyiarkan sebuah video pendek dua minit yang kelihatan seperti salah satu hala tuju mereka di masa yang akan datang. Klip tersebut secara khususnya bertumpukan kepada sebuah motosikal tiga roda yang serba baru, dan tajuk video tersebut adalah “Kawasaki | New Heights (J Concept)”. Adakah Kawasaki menumpukan kembali fokus mereka pada teknologi tiga roda mereka?

Video tersebut bermula dengan beberapa pencapaian hebat yang dicapai oleh Kawasaki Heavy Industries. Beberapa rekod pertama yang dicapai pengeluar dari Jepun itu telah ditunjukkan pada masa seorang penunggang menunggang motosikal Kawasaki H2 tersohor mereka sebelum ianya bertukar menjadi satu watak animasi 3D yang menunggang motosikal J Concept.


Untuk kali ini, gambaran video tersebut membayangkan bahawa motosikal J Concept pada masa akan datang akan boleh berkomunikasi dengan berkesan sekali dengan penunggang mengenai keadaan jalan raya serta aturcara motosikal. Aspek yang paling menarik sekali pada video adalah fakta bahawa motosikal J Concept tersebut boleh bertukar kepada sebuah motosikal tiga roda dalam ‘Upright Mode’.

‘Attack Mode’ pula menampilkan posisi yang lebih agresif yang mana motosikal tersebut jauh lebih rapat ke tanah, memberikannya aerodinamik yang lebih baik, namun ianya mungkin akan menyebabkan sakit belakang memandangkan betapa bengkoknya belakang penunggang dalam video berkenaan.

Kawasaki dan konsep tiga roda bukannya sesuatu yang baru. Motosikal J Concept yang pertama telah diperkenalkan pada tahun 2013 yang lalu sewaktu Pertunjukan Motor Tokyo. Diperkenalkan oleh Presiden Kawasaki, Shigehiko Kiyama, motosikal J Concept dihasilkan bagi ‘menerokai kemungkinan menarik untuk sebuah platform pengangkutan yang boleh disesuaikan, yang seronok, mudah, dan menyenangkan’.

Adakah motosikal J Concept ini menjadi pesaing pertama bagi motosikal yang ‘sedia untuk dikeluarkan’, Yamaha Niken? Hanya masa yang akan menentukannya dan kami agak pada Pertunjukan Motor Tokyo tahun ini, Kawasaki bakal mempersembahkan sesuatu yang amat istimewa.

Motosikal Tiga Roda Yamaha MWT-9 2018 Akhirnya Sedia Untuk Pengeluaran?

Leave a Reply