Jabatan Pengangkutan Jalan Johor mensasarkan kutipan lebih RM1 juta bagi penjualan nombor plat kenderaan ‘JTR’. Menurut pengarah JPJ Johor, Razali Wagiman, orang ramai boleh membuat bidaan secara atas talian menerusi JPJ e-bid bermula malam tadi sehingga 25 Ogos. Ini merupakan julung kalinya, JPJ Johor menggunakan sistem JPJ e-bid tatkala semua bidaan sebelum ini dijalankan secara…
Category: Moto Malaya
Before was: Name-Uncategorized Slug-uncategorized
Menurut perkongsian di laman Facebook hayashi86.com, seorang lelaki bernama Hadri bakal menempuh perjalanan lebih 32,000km dengan Toyota AE86 menuju ke Jerman untuk mengahwini wanita dicintainya. Menurut Hadri, dia mengenali teman wanitanya pada 2007 dan beberapa tahun kemudian dia meluahkan niatnya untuk menjadikan wanita tersebut sebagai isterinya. Tahun lalu, Hadri mendapat idea untuk pergi ke Eropah…
Hafizh Syahrin kembali cergas sepenuhnya untuk beraksi di litar Silverstone hujung minggu ini setelah mengalami kecederaan gegar otak dan siku di Red Bull Ring sebelum ini. Hafizh berdepa saat getir dala kariernya apabila dia masih belum mengesahkan masa depannya bagi musim 2020 selepas kehilangan tempat di KTM Tech3 kepada Brad Binder. Bagaimanapun, susulan insiden di…
Jenama fesyen ‘streetwear’ terkenal, Supreme, telah mendedahkan koleksi bagi musim Fall/Winter yang akan dipasarkan Khamis ini dan antara yang paling mencuri tumpuan adalah kolaborasi dengan Honda bagi jentera CRF250R. Supreme CRF250R tampak lebih menonjol dengan jenama Supreme yang melitupi keseluruhan motosikal. Ketika ini tiada harga diumumkan tetapi pastinya ‘reseller’ akan menaikkan harga asal berlipat ganda…
Tatkala penunggang motosikal lain sibuk membuat perancangan untuk menunggang ke Thailand dan negara jiran lain, tiga individu telah berjaya menempuh tunggangan selama 87 hari untuk tiba di Tanah Suci bagi mengerjakan umrah. Diami Yusof, 60, Mohd Fadli Abdul Rashid, 43 dan Ahmad Zainali Zulkifli, 65 menyifatkan pengembaraan mereka sebagai “Gi Mekoh Nga Mutor” – pergi…
Seramai 88 peratus menyokong cadangan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk mewujudkan perkhidmatan teksi motosikal atau ojek sepertimana yang telah diperkenalkan di negara jiran lain. Menurut perkongsian di laman Twitter, Syed Saddiq bertanyakan pendapat rakyat Malaysia mengenai cadangan tersebut dan majoriti menyatakan sokongan. Difahamkan, beliau mengetengahkan cadangan itu bagi membantu golongan…
Pereka Neighborhood, Shinsuke Takizawa, sekali lagi bergabung dengan Converse bagi menghasilkan kasut yang meraikan budaya motosikal di Jepun menerusi Chuck 70 dan Jack Purcell. Sebelum ini kedua-duanya telah pun menghasilkan kasut yang sama namun dengan pilihan warna berbeza. Bagaimanapun, gabungan kali ini menyaksikan Chuck 70 tampil dengan pilihan warna serba hitam namun masih mengekalkan strap…
Sempena menyambut ulangtahun ke 110 Bugatti, pengeluar ‘supercar’eksotik itu melancarkan Centodieci yang juga merupakan penghargaan kepada model ikonik 90an, EB110. Hanya 10 unit dibina dengan harga bermula dari USD10 juta (RM41.7 juta). Rekaan Centodieci diinspirasikan daripada EB110 terutamanya dibahagian gril depan yang ternyata lebih kecil berbanding model lain. Centodieci didatangkan dengan enjin 8.0 liter W16…
KTM dan CFMoto telah pun menjalinkan kerjasama seawal 2014 apabila pengeluar motosikal Austria itu menggunakan kilang CFMoto di Hangzhou, China bagi menghasilkan Duke 125, 200 dan 390. Bagaimanapun, dengan jalinan baharu yang terlaksana pada 2017, difahamkan CFMoto bakal menghasilkan jentera dengan enjin yang lebih besar memasuki tahun 2020. Selain daripada kilang KTM di Austria dan…