Netizen Sokong Cadangan Syed Saddiq Perkenal Servis Gojek di Malaysia

Seramai 88 peratus menyokong cadangan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk mewujudkan perkhidmatan teksi motosikal atau ojek sepertimana yang telah diperkenalkan di negara jiran lain.

Menurut perkongsian di laman Twitter, Syed Saddiq bertanyakan pendapat rakyat Malaysia mengenai cadangan tersebut dan majoriti menyatakan sokongan.

Difahamkan, beliau mengetengahkan cadangan itu bagi membantu golongan muda yang mempunyai motosikal untuk memulakan perniagaan kecil.

“Anak muda Malaysia, saya perlukan suara anda untuk membantu golongan mat motor, adakah anda bersetuju dengan ekonomi gojek (kenderaan motosikal untuk perkhidmatan penghantaran penumpang, makanan atau perniagaan kecil)?

“Di Thailand dan Singapura, kurang setahun, ratusan ribu peluang pekerjaan baru tercipta”,”ujarnya.

Mei lalu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook dalam satu temu ramah dengan The Edge mendedahkan bahawa Gojek – servis e-hailing motosikal di Indonesia – berminat untuk memasuki pasaran Malaysia.

Dalam kenyataannya menyebut, “Malaysia menerima baik pelaburan luar, jika mereka mahu membuka syarikat di sini, kita menerima baik tindakan itu. Saya mendapat khabar berita bahawa mereka sedang dalam proses untuk membuka syarikat di sini.”

Bagaimanapun, kenyataan itu bercanggah dengan jawapan yang diberikan ketika dipersoalkan wakil Rembau, Khairy Jamaluddin, pada 31 Julai 2018 apabila Anthony Loke berkata Malaysia masih belum bersedia ekoran kadar kemalangan motosikal berada di paras tinggi.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply