Converse X Neighborhood Suntik Budaya Motosikal Dalam Chuck 70

Sumber: Sneakernews

Pereka Neighborhood, Shinsuke Takizawa, sekali lagi bergabung dengan Converse bagi menghasilkan kasut yang meraikan budaya motosikal di Jepun menerusi Chuck 70 dan Jack Purcell.

Sebelum ini kedua-duanya telah pun menghasilkan kasut yang sama namun dengan pilihan warna berbeza.

Bagaimanapun, gabungan kali ini menyaksikan Chuck 70 tampil dengan pilihan warna serba hitam namun masih mengekalkan strap yang dilabelkan “Shift” di sebelah kiri dan kanan bagi memudahkan penunggang motosikal menukar gear dengan lebih mudah dan selesa.

Di bahagian bawah logo yang kali ini serba hitam turut memaparkan tulisan ‘Motorcycle’.

Seperti keluran sebelumnya, Converse X Neighborhood adalah pilihan kasut yang sesuai bagi penunggang motosikal yang mencari ‘sneakers’ penuh gaya namun masih mengekalkan ciri praktikal sebagai kasut ‘riding’.

Converse X Neighborhood akan dilancarkan secara atas talian di Converse.com pada 24 Ogos ini!

(SUMBER: Sneakernews)

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]