Bugatti Centodieci: 8.0L W16, 1600HP – RM41.7 Juta

Sempena menyambut ulangtahun ke 110 Bugatti, pengeluar ‘supercar’eksotik itu melancarkan Centodieci yang juga merupakan penghargaan kepada model ikonik 90an, EB110.

Hanya 10 unit dibina dengan harga bermula dari USD10 juta (RM41.7 juta).

Rekaan Centodieci diinspirasikan daripada EB110 terutamanya dibahagian gril depan yang ternyata lebih kecil berbanding model lain.

Centodieci didatangkan dengan enjin 8.0 liter W16 yang menghasilkan 1,600hp dan mampu mencatat 0-100km/j dibawah 2.4 saat serta 0-200km/j hanya 6.1 saat.

Sementara itu kelajuan maksima telah dihadkan kepada 380km/j – dilihat agak rendah bagi sebuah Bugatti.

Meskipun diperkenalkan dengan warna putih, tetapi Ketua Pegawai Eksekutif Bugatti, Stephan Winkelmann memberitahu bahawa pelanggan boleh memilih warna pilihan mereka bagi Centodieci.

(SUMBER: Motor1)

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]