Meskipun Shell Malaysia MotoGP baru sahaja berakhir beberapa bulan lalu, Shell Malaysia membuka kalendar 2020 dengan tawaran istimewa bagi sesi Ujian Rasmi Sepang MotoGP sempena musim perayaan ini. Shell Malaysia menawarkan promosi Early Bird bermula 25 hingga 31 Januari sempena Tahun Baru Cina dan ketika Winter Test MotoGP yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang…
Category: motogp
Adalah menjadi satu kebanggaan bagi setiap pengeluar minyak enjin untuk menyaksikan produk mereka berjaya menyumbang kepada kejayaan di pentas dunia terutamanya dalam saingan MotoGP. Itulah yang berlaku kepada PETRONAS apabila menyaksikan pelumba PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team, Fabio Quartararo merekodkan tujuh podium, enam petak pertama dan tempat kelima keseluruhan dalam musim pertamanya di kelas premier….
Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin, akan mendapat suntikan kewangan daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi membantunya beraksi di saingan MotoGP musim ini. Menurut laporan FMT, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengesahkan perkara tersebut. “Saya akan membantunya sebanyak mungkin kerana sebelum ini fokus kami adalah mencari penaja daripada badan swasta. “Saya…
Bradley Smith bakal mengisi slot Andrea Iannone di Aprilia sekiranya pelumba Itali itu digantung susulan gagal ujian doping baru-baru ini. Iannone didapati gagal ujian doping yang dijalankan terhadapnya ketika di GP Malaysia, tahun lalu. Dia bakal berdepan penggantungan sehingga 4 tahun sekiranya didapati bersalah jika ujian sampel B turut menampakkan keputusan sama. Oleh itu, Smith…
Jorge Lorenzo mengakui sedang mempertimbangkan keputusan untuk kembali ke saingan MotoGP selaku penunggang uji. Meskipun sedang menikmati persaraan ketika ini namun ketika ditemu bual Motosans.es, Lorenzo mengesahkan sedang dalam proses membuat keputusan mengenai masa depannya. “Itu antara kemungkinan yang saya ada ketika ini. Pada masa sama, saya juga memerlukan masa untuk diri saya sendiri sebab…
Valentino Rossi akui terbuka dengan cadangan untuk menyertai pasukan satelit, Petronas Yamaha SRT, bagi musim 2021. Rata-rata berpendapat pasukan Yamaha akan terus memberi kepercayaan terhadap Rossi selagi dia berminat untuk kekal bersama pasukan itu. Bagaimanapun, dengan Maverick Vinales menampilkan aksi mantap musim lalu sementara pelumba Petronas Yamaha, Fabio Quartararo turut beraksi cemerlang, Yamaha kini berdepan…
Musim 2019 mungkin tidak menghasilkan keputusan yang diharapkan Aprilia di pentas MotoGP namun itu tidak menghalang mereka untuk mengejar keputusan lebih baik bagi 2020. Aprilia merupakan pasukan pertama untuk mendedahkan jentera baharu bagi ujian pra-musim. Meskipun tidak mendedahkan spesifikasi terperinci namun Motorsportmagazine.com mendakwa Aprilia bakal mengikut langkah Ducati dan Honda dengan mengguna pakai enjin…
Ketua divisyen motosikal BMW menyifatkan tidak berbaloi untuk memulakan projek MotoGP selain daripada pasukan Superbike Dunia (WSBK) sedia ada. BMW kembali ke WSBK secara sepenuhnya sejak 2013 tahun ini setelah bergandingan dengan Shaun Muir Racing, menggunakan jentera S 1000 RR dan mempertaruhkan Tom Sykes dan Markus Reiterberger. BMW turut berjaya merekodkan kedudukan keempat carta pengeluar…
Pengurus Projek Suzuki, Shinichi Sahara, menyifatkan musim 2019 sebagai satu kegagalan bagi pasukannya meskipun Alex Rins berjaya merekodkan dua kemenangan. Kemenangan di Litar Austin dan Silverstone merupakan kejayaan sulung Suzuki di MotoGP sejak 2016. Meskipun Rins berjaya menempatkan diri dikalangan pelumba tonggak, Sahara mendedahkan dia mengharapkan keputusan yang lebih baik dilakar pelumba utamanya itu. Bagi…