Jorge Lorenzo Pertimbang Peluang Kembali Sebagai ‘Test Rider’

Advertisements

Jorge Lorenzo mengakui sedang mempertimbangkan keputusan untuk kembali ke saingan MotoGP selaku penunggang uji.

Meskipun sedang menikmati persaraan ketika ini namun ketika ditemu bual Motosans.es, Lorenzo mengesahkan sedang dalam proses membuat keputusan mengenai masa depannya.

“Itu antara kemungkinan yang saya ada ketika ini. Pada masa sama, saya juga memerlukan masa untuk diri saya sendiri sebab itu saya memutuskan untuk bersara.

“Dengan masa yang banyak ini, akhirnya saya dapat lakukan perkara yang saya inginkan dari dulu tetapi jika ada yang menawarkan saya projek yang tidak memerlukan masa yang banyak saya akan ada peluang untuk mengkajinya,” jelasnya.

Lima kali juara dunia itu mengumumkan persaraan pada hujung musim 2019 sekaligus menamatkan kontrak dua tahun bersama Repsol Honda selepas 12 bulan.

Selepas itu, Lorenzo didakwa akan kembali ke Yamaha selaku penunggang uji selepas merekodkan tiga kejuaraa dunia bersama pasukan itu sebelum ini.

Yamaha memerlukan seorang ‘test rider’ baharu selepas melepaskan Jonas Folger.

(SUMBER: Crash.net)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.