MotoGP: Smith Naik Pangkat, Ganti Iannone Bagi Musim 2020?

Bradley Smith bakal mengisi slot Andrea Iannone di Aprilia sekiranya pelumba Itali itu digantung susulan gagal ujian doping baru-baru ini.

Iannone didapati gagal ujian doping yang dijalankan terhadapnya ketika di GP Malaysia, tahun lalu.

Dia bakal berdepan penggantungan sehingga 4 tahun sekiranya didapati bersalah jika ujian sampel B turut menampakkan keputusan sama.

Oleh itu, Smith dikhabarkan bakal menjadi pelumba pengganti sekiranya perkara itu berlaku.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Aprilia, Massimo Rivola menjelaskan pasukannya akan tetap menyokong para pelumbanya namun akan mengikuti setiap prosedur dengan FIM sebelum membuat sebarang keputusan mengenai pelumba berusia 30 tahun itu.

Menurut Rivola, sekiranya FIM membuat keputusan menggantung Iannone, Smith akan mengambil tempat pelumba terbabit di samping Aleix Espargaro bagi sesi ‘Winter Test’ di Litar Antarabangsa Sepang, Februari ini.

(SUMBER: Crash.net)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.