Pemilik kenderaan Kia di sekitar Pantai Timur tidak perlu lagi pening kepala sekiranya kereta mereka mengalami masalah kerana Naza Kia Malaysia telah membuka cawangan 3S di Kota Bharu, Kelantan. Dengan keluasan 3,500 kaki persegi, pusat 3S baharu ini mampu menempatkan lima kenderaan di tapak pameran termasuk dua pusat servis yang mampu menerima 100 kenderaan dalam…
Category: Moto
Berita dan ulasan pandu uji Motosikal dari Malaysia, berita tempatan dan antarabangsa
Franco Morbidelli gembira berjaya memperolehi tempat yang ke-lima dalam pusingan MotoGP “Red Bull Grand Prix of the Americas”. Teman sepasukannya dan penunggang rookie, Fabio Quartararo menamatkan perlumbaan tersebut di tempat yang ke-tujuh. Ini adalah satu keputusan yang amat memberangsangkan buat pasukan PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team.
Perlumbaan Rali Dakar akan berpindah ke Arab Saudi bermula tahun 2020. Perubahan ini bertitik tolak daripada kebimbangan berkenaan dengan politik dan kewangan di Amerika Selatan. Satu sidang akhbar akan diadakan pada 25 April bagi menjelaskan lagi mengenai pertukaran tersebut.
Seorang peragut telah mengejutkan orang ramai termasuk pihak berkuasa kerana menyerah diri secara sukarela di balai polis gara-gara kerana terlalu takut dengan isterinya! Difahamkan, seorang netizen bernama Ayus telah menjadi mangsa ragut di Hong Leong Bank, Kuala Selangor dan berkongsi kisah yang dialami menerusi akaun Facebook miliknya. Dua peragut tersebut telah melarikan diri dengan habuan…
Terdapat ramai selebriti yang menunggang motosikal tetapi Keanu Reeves mengambil satu langkah lebih hebat dengan memiliki jenama motosikalnya sendiri. Dia juga turut memiliki beberapa buah motosikal yang beredisi amat terhad. Syarikat milik Keanu, Arch Motorcycle, membina motosikal buatan khas yang mempunyai reka bentuk yang futuristik.
Model Aprilia Tuono V4 1100 Factory 2019 tampil dengan pelbagai kemas kini. Lebih banyak maklumat tambahan mulai muncul sejak pelancarannya pada tahun lalu. Salah satu tarikan utama pada model tahun ini adalah suspensi elektronik separa aktif Öhlins Smart EC 2.0.
MINI Malaysia telah melancarkan dua model baharu, MINI Countryman Plug-In Hybrid Wired dan Cooper S Countrymen Pure sekaligus menandakan pengembaraan baharu dalam dunia hibrid bagi jenama itu. Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Harald Hoelzl, menjelaskan penghasilan dua model ini terutamanya Countryman Plug-In Hybrid Wired sejajar dengan komitmen MINI dalam menuju kearah masa depan baharu dunia…
Sebuah video memaparkan sekumpulan penunggang motosikal dengan sengaja menghalang laluan di Lebuhraya Pantai Timur menjadi viral di laman sosial. Rakaman video berdurasi 38 saat itu menunjukkan sekumpulan pemilik motosikal skuter Yamaha Ego Avantiz dengan sengaja menghadang laluan apabila dihampiri sebuah kenderaan. Meskipun beberapa kali kenderaan tersebut menekan hon namun tidak diendahkan sebaliknya aksi mereka semakin…
Tiada perancangan untuk memperkenalkan polisi bagi menghapuskan kereta lama di Malaysia jelas Menteri Pengangkutan, Anthony Loke. Memetik akhbar The Star, baru-baru ini telah timbul laporan di akhbar tempatan – Nanyang Siang Pau – yang mengatakan kerajaan bakal melaksanakan polisi End of Life Vehicle (ELV) memasuki suku kedua 2019. Bagaimanapun, Anthony Loke berkata laporan tersebut adalah…