PROTON Catat Penjualan 10,611 Unit Bagi Mei 2019

PROTON berjaya merekodkan penjualan sebanyak 10,611 unit kereta bagi bulan Mei sahaja sekaligus menandakan pencapaian terbaik dalam tempoh 46 bulan ini. Catatan cemerlang tersebut menandakan pertumbuhan sebanyak 51 peratus berbanding bulan sebelumnya sekaligus mendorong pertumbuhan jualan keseluruhan bagi lima bula pertama tahun inin kepada lebih 70 peratus berbanding tempoh sama bagi 2018. Pertumbuhan jualan tersebut…

KTM 2020: Kembalinya Jentera ‘Off-Road’ 4-Lejang

KTM mengumumkan gelombang kedua bagi model 2020 termasuk memperkenalkan semula barisan model XCF-W! Sebelum ini, KTM berkata bahawa model EXC dual-sport sudah memadai sebagai jentera off-road. Bagaimanapun, bagi tahun 2020, pendirian KTM berubah dan mereka akan menawarkan semula model XCF-W. Barisan model tersebut akan kelihatan lebih kurang sama dengan jentera dual-sport namun tidak lagi dibebankan…

Hyundai Umum Harga Baharu Bagi Semua Model

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) telah mengumumkan harga terbaru bagi semua model Hyundai di Malaysia yang melibatkan model IONIQ, Tucson, Grand Starex dan Elantra. Hyundai menawarkan harga RM99,888 bagi model IONIQ Hybrid 1.6 GDi Atkinson Cycle HEV dan RM115,888 bagi IONIQ Hybrid 1.6 GDi Atkinson Cycle HEV Plus. Sementara itu, harga baru bagi Tucson Nu 2.0…

Netizen Kongsi Kisah Hampir Jadi Mangsa Penipuan Tarik Kereta

Orang ramai dinasihatkan untuk berhati-hati dengan taktik penipuan terbaru oleh kumpulan yang tidak bertanggungjawab yang cuba menarik kereta dengan alasan bayaran tertunggak. Seorang pengguna Facebook Francis Yirdaki CT berkongsi pengalaman dialaminya bersama teman di sebuah kawasan berhampiran MITEC, dua hari lalu. “Saya berjumpa dengan rakan wanita saya di MITEC yang kemudiannya memberitahu bahawa terdapat seorang…

Pemilik Stesen Minyak Ini Tawarkan Baju Raya Terpakai Secara Percuma!

Seorang pemilik stesen minyak Shell di Batu Berendam, Melaka telah menyemarakkan lagi bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya yang menjelang tiba apabila menawarkan baju raya terpakai kepada orang ramai. Terletak di Jalan Mohd Zin Dsh, difahamkan inisiatif tersebut telah pun berlangsung sejak Ramadan bermula. Menurut laporan Astro Awani, pengendali stesen tersebut, Zulkifly Jantan telah menyediakan…

2,300 Kemalangan Direkodkan Di Lebuhraya Pulau Indah

Orang ramai digesa agar berhati-hati ketika melalui 17.7 km Lebuhraya Pulau Indah ekoran terdapat banyak kemalangan yang berlaku di kawasan terbabit. Menurut laporan The Star, sehingga ke hari ini lebih 2,300 kemalangan berlaku di sepanjang jalan tersebut sejak 2007 dengan 26 kematian dicatatkan. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata antara…

Honda HR-V RS Kini Dengan Ruang Dalam Serba Hitam!

Honda Malaysia memperkenalkan ruang dalam serba baharu bagi model HR-V RS bagi meningkatkan lagi gaya sporty model terbabit. Pengenalan terhadap ruang dalam yang serba hitam itu merupakan respon Honda terhadap maklumbalas pelanggan yang mahukan ruang dalam yang tampak lebih sofistikated di samping meningkatkan lagi pengalaman Joy of Owning bagi setiap kenderaan Honda. Menggantikan warna Ivory,…

Pelaksanaan RFID Di Plaza Tol Ditangguh Sementara

Pelaksanaan projek Radio Frequency Identification Technology (RFID) di semua plaza tol seluruh negara ditangguh sementara ekoran terdapat beberapa kelemahan di dalam sistem yang perlu diperbaiki terlebih dahulu sebelum sistem tersebut dilancarkan. Pengarah Urusan Smart Tunnel, Mohd Noor Ali berkata syarikat konsesi telah bekerjasama dengan Touch’n Go (TNG) bagi mendapatkan maklumbalas daripada pengguna RFID. Menurut Mohd…