Honda CRF1000L Africa Twin mungkin akan tampil dengan enjin berkapasiti 1100cc pada tahun 2020. Penambahan kapasiti ini adalah untuk menyediakan motosikal tersebut bagi mematuhi piawaian Euro 5. Motosikal kembara kelas pertengahan turut menghasilkan jumlah kuasa yang sama seperti model Africa Twin semasa.
Category: Africa Twin
Motosikal Honda CRF1000L Africa Twin mengimbau kembali kenangan pada model Africa Twin tahun 90-an. Ianya merupakan tawaran Honda dalam pasaran motosikal dwi-sukan berkapasiti tinggi. Motosikal ini besar dan tinggi, dan ianya lebih cenderung untuk penunggangan ‘off-road’.
Boon Siew Honda (BSH) telah memperkenalkan pilihan warna serba baharu buat model Honda Africa Twin 2018 mereka. Warna Matt Ballistic Black Metallic yang baharu memperagakan daya tarikan yang lebih anggun dan menawan sesuai bagi penunggangan dalam bandar. Pilihan warna baharu ini hanya disediakan bagi model standard yang datang dalam sama ada transmisi Manual atau DCT,…
Boon Siew Honda telah melancarkan model CB1000R dan CB250R sebagai sebahagian daripada rangkaian Neo Sports Café mereka. Kedua-dua motosikal baharu ini menyertai model X-ADV dan Africa Twin sebagai sebahagian daripada tawaran ‘Big Bike’ Boon Siew Honda. CB1000R datang dengan harga dari RM74,999 dan untuk CB250R, dari RM22,999 (harga asas dengan 0% GST).
Boon Siew Honda (BSH) telah mempratontonkan motosikal super naked, Honda CB1000R 2018, di Malaysia Autoshow 2018. Dikenali sebagai “Neo Sports Cafe”, motosikal CB1000R ini, dengan erti kata lain, adalah versi naked motosikal superbike, Honda CBR1000RR Fireblade. Harga rasmi bagi model ini belum dihebahkan lagi namun BSH telah mengandaikan yang ianya mungkin berada di paras RM80,000.
Boon Siew Honda (BSH) telah mengumumkan harga rasmi untuk Honda X-ADV dan Honda Africa Twin 2018 bagi pasaran Malaysia. Pengumuman ini telah dibuat bersempena dengan pelancaran Malaysia Autoshow 2018. Honda X-ADV 2018 telah ditetapkan harganya dari RM57,999 manakala bagi Africa Twin pula bermula dari RM69,999 (harga asas tidak termasuk GST).
Boon Siew Honda (BSH) telah mengesahkan bahawa skuter kembara terbaru mereka, Honda X-ADV 2018 akan ditetapkan harganya di bawah paras RM70,000. Berita ini telah disahkan pada hujung minggu lalu (Ahad, 4 Februari 2018), sewaktu pelancaran Pusat Honda BigWing di Setapak, Kuala Lumpur. Rangkaian motosikal Honda Africa Twin bermula dari RM80,000 yang mana ianya berada di…
Boon Siew Honda (BSH) baru sahaja melancarkan Pusat Honda BigWing pertama di Malaysia di Setapak, Kuala Lumpur. Pusat motosikal besar Honda serba baru itu bertumpukan kepada model-model motosikal Honda yang terbaik di atas 250cc. Honda X-ADV 2018 dan juga Honda CRF1000L Africa Twin telah dipratontonkan sewaktu upacara pembukaan besar-besarannya itu.
Boon Siew Honda sedang merancang untuk mengembangkan lagi rangkaian motosikal mereka bagi tahun 2018 dengan lebih kurang sepuluh model terbaru. Dua daripada model baru ini akan memenuhi permintaan yang semakin bertambah bagi motosikal kembara. Selain daripada rangkaian Honda CRF250L 2017 yang telah diperkenalkan baru-baru ini, kita boleh nantikan kemunculan Honda X-ADV dan Africa Twin…