Harga Honda X-ADV 2018 Akan Ditetapkan Di Bawah RM70,000?

  • Boon Siew Honda (BSH) telah mengesahkan bahawa skuter kembara terbaru mereka, Honda X-ADV 2018 akan ditetapkan harganya di bawah paras RM70,000.
  • Berita ini telah disahkan pada hujung minggu lalu (Ahad, 4 Februari 2018), sewaktu pelancaran Pusat Honda BigWing di Setapak, Kuala Lumpur.
  • Rangkaian motosikal Honda Africa Twin bermula dari RM80,000 yang mana ianya berada di dalam julat harga yang sama dengan motosikal yang bakal muncul tiba, motosika; ‘neo sports cafe’, Honda CB1000R.

Selepas berlangsungnya pelancaran Pusat Honda BigWing yang pertama di Malaysia pada hujung minggu lalu (Ahad, 4 Februari 2018) di Setapak, Boon Siew Honda (BSH) telah mengumumkan bahawa mereka akan memperkembangkan lagi rangkaian motosikal besar mereka dengan pengenalan tiga buah model baru dalam separuh pertama bagi tahun 2018. Model-model tersebut adalah Honda X-ADV 2018, Honda CRF1000L Africa Twin dan motosikal ‘neo sports cafe’ mereka, Honda CB1000R.

Motosikal Honda Africa Twin dan skuter kembara X-ADV telah dipratontonkan pada hari Ahad lalu di Pusat Honda BigWing di Setapak di mana mereka telah diperagakan dengan gemilang sekali. Sewaktu sidang akhbarnya itu, BSH juga telah mengesahkan bahawa motosikal tersebut akan mula disediakan dan sudah pun di buka untuk tempahan kepada orang ramai.

Walaupun motosikal CB1000R terbaru tidak membuat kemunculannya pada hari pelancaran tersebut, motosikal ‘neo sports cafe’ tersebut juga akan dibawa masuk ke tanah air kita menjelang bulan Mac 2018. Bagi harganya pula, mereka masih belum mengesahkannya atau ada sebarang kata putusnya lagi buat masa ini tetapi telah mengumumkan bahawa skuter kembara Honda X-ADV akan ditetapkan harganya di bawah paras RM70,000 manakala rangkaian motosikal Africa Twin pula akan bermula sekitar paras RM80,000.

Nantikan Kemunculan Rangkaian Motosikal Kembara Boon Siew Honda Bagi Tahun 2018!

Bagi motosikal yang telah dinanti-nantikan oleh ramai orang, Honda CB1000R 2018, motosikal ‘streetfighter’ 143hp yang diilhamkan dari Honda CBR1000RR Fireblade itu akan ditetapkan harganya juga pada paras RM80,000. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Honda CB1000R, tekanlah pautannya yang berada di bawah ini.

Honda CB1000R 2018 Terbaru – Kini Lebih Hebat Lagi

Honda X-ADV 2018

Honda Africa Twin 2018