Boon Siew Honda Telah Mempratontonkan Honda CB1000R 2018 – RM80,000?

  • Boon Siew Honda (BSH) telah mempratontonkan motosikal super naked, Honda CB1000R 2018, di Malaysia Autoshow 2018.
  • Dikenali sebagai “Neo Sports Cafe”, motosikal CB1000R ini, dengan erti kata lain, adalah versi naked motosikal superbike, Honda CBR1000RR Fireblade.
  • Harga rasmi bagi model ini belum dihebahkan lagi namun BSH telah mengandaikan yang ianya mungkin berada di paras RM80,000.


Baru semalam Boon Siew Honda (BSH) mengumumkan harga rasmi bagi model yang telah dinanti-nantikan, iaitu skuter kembara Honda X-ADV 2018, dan rangkaian Honda CRF1000L Africa Twin 2018. Diperkenalkan pada Malaysia Autoshow 2018, BSH juga telah membuat pratonton bagi jentera naked berprestasi tinggi, Honda CB1000R 2018.

Diperkenalkan kepada dunia pada tahun lalu ketika EICMA 2017 di Milan, motosikal Honda CB1000R 2018, juga dikenali sebagai “Neo Sports Cafe” ini telah dilengkapi dengan enjin yang sama seperti motosikal superbike terbaik mereka, Honda CBR1000RR Fireblade. Enjin empat selari, 998cc, yang patuh Euro4 ini dikatakan mampu menghasilkan sehinggan 143hp pada 10,500rpm dan 104Nm tork maksimum pada 8,250rpm.

Keseluruhan kuasa tersebut dipacu ke roda belakang melalui sistem kawalan pendikit ‘Ride-by-Wire’, di mana penunggang boleh memilih pemetaan pendikit yang berbeza mengikut keadaan penunggangan atau pun kesukaan masing-masing. Dilengkapi dengan klac ‘assist-and-slipper’, CB1000R terbaru ini memastikan tiada pembaziran kuasa, lebih mudah untuk bermula, pertukaran ke gear rendah yang lebih lancar, dan kestabilan menyelekoh yang dipertingkatkan.

Ciri-ciri istimewa yang lain termasuklah sistem kawalan cengkaman Honda, pemetaan kuasa boleh pilih, kawalan pembrekan enjin, sistem suspensi keseluruhan Showa, dan bermcam-macam lagi. Ianya boleh dianggap sebagai motosikal CBR1000RR Fireblade versi naked, dan ian tampak begitu menggiurkan di depan anak mata sendiri.

Para peminat boleh melihat sendiri motosikal ini yang sedang diperagakan sepanjang hujung minggu di Malaysia Autoshow 2018 di MAEPS, Serdang. Motosikal yang diperagakan itu masih lagi sebuah versi prototaip, dan ini bermakna yang ianya mungkin berubah sebelum dimuktamadkan. BSH juga telah memaklumkan bahawa motosikal ini akan ditetapkan harganya di sekitar RM80,000.

Motosikal Honda CB1000R Carbon Edition Diperkenalkan Di Tokyo

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]