MV Agusta Turismo Veloce 800 2018 Bakal Tiba Dalam Masa Terdekat

  • MV Agusta telah mendedahkan bahawa akan tiba sebuah model MV Agusta Turismo Veloce 800 2018 serba baru dalam masa yang terdekat ini.
  • Ada khabar yang mengatakan bahawa motosikal MV Agusta Turismo Veloce 800 yang baru ini akan dilengkapi dengan ‘sistem klac yang inovatif’.
  • Kemaskini kini lain yang boleh dijangkakan adalah kuasa enjin, elektronik, serta alat bantu penunggangan.


MV Agusta telah mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan sebuah model yang dikemaskini bagi motosikal MV Agusta Turismo Veloce 800 dalam masa yang terdekat ini. Menurut satu laporan terkini oleh MCN, tidak ada banyak maklumat yang telah didedahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MV Agusta, Giovanni Castiglioni, selain daripada model dan sistem klac yang misteri.

Daripada apa yang sudah kita ketahui, generasi semas bagi model Turismo Veloce 800 telah dilengkapkan dengan klac basah berbilang cakera yang dioperasikan secara hidraulik beserta dengan mekanisma ‘slipper’. Ada kemungkinan bahawa MV Agusta akan menambah klac ‘assist-and-slipper’, yang mana walaupun ianya akan banyak membantu, ianya bukan sebuah ‘sistem klac yang inovatif’, seperti mana yang telah didakwa oleh Castiglioni.

Terdapat beberapa kemungkinan mengenai bagaimana pengeluar motosikal premium dari Itali ini akan menjadikannya satu kenyataan. Yang pertama, adalah sistem klac auto, seperti mana yang telah dihasilkan oleh Rekluse, yang mengawal klac menggunakan ‘rev’ enjin. Dengan cara ini, penunggang tidak perlu menggunakan klac, walaupun untuk bermula atau berhenti.

Terdapat juga kemungkinan yang MV Agusta telah berjaya menghasilkan sesuatu yang mirip seperti ‘Dual Clutch Transmission’ (DCT) Honda, di mana peralihan gearnya yang lancar membolehkan penunggang menggunakannya dengan lebih mudah dan selesa.

Dari segi kuasa, model Turismo Veloce 800 semasa sudah pun mempunyai julat kuasa yang tinggi dari enjin tiga silinder 798cc-nya itu. Menghasilkan sehingga 110hp pada 10,150rpm, dan 80Nm pada 7,100rpm, motosikal Turismo Veloce 800 ini juga dilengkapi dengan pelbagai alat bantu elektronik, seperti quickshifter dwi-arah dan ‘Ride-by-Wire’.

Buat masa ini, MV Agusta Malaysia menawarkan model Turismo Veloce 800 semasa pada harga bermula dari RM94,751 (harga asas beserta GSST). Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, kunjungilah MV Agusta Lifestyle Centre yang terletak di Batu Caves, Selangor.

MV Agusta Brutale 800 RR America 2018 Dilancarkan

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]