Warna Baharu Buat Honda Africa Twin 2018 – Matt Ballistic Black Metallic!

  • Boon Siew Honda (BSH) telah memperkenalkan pilihan warna serba baharu buat model Honda Africa Twin 2018 mereka.
  • Warna Matt Ballistic Black Metallic yang baharu memperagakan daya tarikan yang lebih anggun dan menawan sesuai bagi penunggangan dalam bandar.
  • Pilihan warna baharu ini hanya disediakan bagi model standard yang datang dalam sama ada transmisi Manual atau DCT, bermula dari harga RM69,999 (harga asas, tidak termasuk SST).

Boon Siew Honda (BSH) dengan bangganya telah mengumumkan kehadiran pilihan warna baharu buat jentera adventure touring mereka, model Honda Africa Twin 2018. Model standard bagi motosikal Africa Twin kini boleh didapati dalam pilihan warna yang anggun serta menawan, yang telah diberi nama, “Matt Ballistic Black Metallic”, dan ianya saling tidak tumpah seperti KITT dari rancangan televisyen 80-an, Knight Rider, atau pesawat Lockheed SR-71 Blackbird.

Pilihan warna yang baharu ini menawarkan daya tarikan yang lebih tidak ketara dan pada masa yang sama, amat bergaya yang seiringan dengan prestasi Africa Twin bagi mereka yang ingin menunggang jentera ini sekitar bandar dan juga jalan raya bandaraya seadanya. Tidak syak lagi anda pasti tidak kelihatan janggal di kawasan seperti Bangsar apabila tiba menunggangi jentera ini.

Jangan terpedaya dengan rupa paras baharunya kerana model Africa Twin ini masih dijana oleh enjin ‘parallel-twin’, sejukan cecair, 998cc, yang mampu menghasilkan sehingga 94hp pada 7,500rpm dan 99Nm tork maksimum pada 6,000rpm. Digandingkan casis dan panel badan yang teguh, ia boleh membawa anda ke mana sahaja, pada bila-bila masa.

Pilihan warna yang baharu ini disediakan bagi model Honda Africa Twin Standard, yang mana ianya ditawarkan dalam dua varian yang berbeza: Transmisi Manual dan DCT (Dual Clutch Transmission). Bagi model Adventure Sports pula, pilihan warna Tricolor masih disediakan.

Bagi mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, anda boleh kunjungi bilik pameran Honda Big Wing yang berhampiran, atau layarilah di atas talian di www.honda-bigwing.com.my.

Honda Monkey Buat Kemunculan Semula! – Dari RM13,999

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.