Honda Monkey Buat Kemunculan Semula! – Dari RM13,999

  • Model Honda Monkey yang ikonik akan membuat kemunculan semula dan ianya akan berada di Malaysia
  • Motosikal Monkey yang baharu mungkin tampak retro namun ianya sebuah motosikal moden.
  • Boon Siew Honda menawarkan motosikal ini dalam tiga pilihan warna yang menyeronokkan.

Boon Siew Honda telah melancarkan generasi terkini bagi salah sebuah motosikal paling ikonik sepanjang zaman – Honda Monkey.

Motosikal Honda Monkey telah diperkenalkan secara rasmi sebagai Z50 sewaktu pelancarannya pada tahun 1963. Ia dilengkapi dengan roda lima inci, dan dijana oleh sebuah enjin satu silinder, empat lejang, 49cc.

Model Z50 ini mengimbau kembali anjakan paradigma ke motosikal “playbikes” yang kecil dan murah, yang mana sesiapa sahaja boleh tunggangi dan bersuka ria di atasnya. Jika saiznya yang kecil itu memeranjatkan semua, kejayaan komersialnya merupakan kejutan yang lebih besar.

Honda Monkey 1963

Model Z50 mulai dikenali sebagai Honda “Monkey” secara mesra dan juga sinis. Nama ini timbul daripada rupa penunggang dewasa berada di atas pelananya, dengan belakang terbongkok, lutut dan siku mendepang keluar. Jika perkara pertama yang terlintas di minda anda adalah imej seekor beruk menunggang basikal tiga roda dalam sarkas, itulah gayanya apabila orang dewasa menunggangnya.

Namun, itulah daya tarikan sebenar motosikal Honda Monkey – menyeronokkan dan pada masa yang sama, berbeza.

Sumber imej: wikimedia.org

Begitu popular motosikal ini sehinggakan Honda telah memperkenalkan pelbagai penambahbaikan dan pengemaskinian sepanjang kewujudannya sehinggalah pengenalan model MSX125. Juga dikenali sebagai Grom, motosikal tersebut telah membolot pelbagai anugerah dari penerbitan luar negara. Ia juga teramatlah di Thailand.

Track test: Honda MSX 125 – Pocket rocket! (with video)

Dan kini, bagi tahun 2018, Honda telah melengkapkan model ini dengan pelbagai kemaskini yang mengancam. Motosikal Monkey baharu ini mungkin tampak tidak jauh berbeza berbanding dengan rupanya 55 tahun yang lalu, namun, anda pasti akan menyedari beberapa buah komponen moden apabila membeleknya dengan lebih teliti.

Mengumumkan Ketibaan Honda Monkey 2018!

Sebagai contoh, enjin satu silinder, empat lejang, 125cc motosikal ini telah diambil dari model MSX125. Ia menghasilkan 9hp pada 7,000rpm, dan 10.5Nm tork pada 5,500rpm. Hasil kuasa yang sebegini menjadikannya motosikal yang lebih sesuai untuk kegunaan harian.

Selain itu, ia juga didatangkan dengan fork terbalik di bahagian hadapan dan penyerap hentakan berganda boleh laras pra-muatan di bahagian belakang. Honda mendakwa bahawa ketinggian pelananya adalah 775mm dan ruang gerakan roda belakang 100mm. Kedua-dua bahagian hadapan dan belakang dilengkapkan dengan cakera brek hidraulik.

Kemaskini lain termasuklah lampu hadapan, lampu belakang dan lampu isyarat LED, meter LCD digital, sistem amaran dengan ciri ‘Answer Back’, serta peredam gaya retro.

Motosikal Honda Monkey 2018 didatangkan dalam tiga skema warna yang dilengkapi dengan bahagian krom berkilat dan warna cat yang terang, termasuklah Pearl Nebula Red, Pearl Glittering Blue, dan juga Banana Yellow.

Boon Siew Honda mengesyorkan harga jualan asas ditetapkan pada RM13,999.00 (beserta 0% SST, tidak termasuk pendaftaran dan insurans).

Sila layari laman Facebook rasmi Honda Motorcycle Malaysia untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Honda Monkey serta tawaran mereka yang lain.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]