Puig Perkenalkan Rangkaian Spoiler Sisi “Downforce” – Winglet Superbike!

  • Puig telah memperkenalkan rangkaian spoiler sisi “Downforce” terkini mereka, yang mana merupakan winglet superbike bagi motosikal 1,000cc.
  • ‘Spoiler sisi’ oleh Puig ini dikatakan menawarkan daya ‘downforce’ yang lebih baik untuk tahap kestabilan dan cengkaman yang lebih baik.
  • Buat masa ini, rangkaian ini meliputi model-model seperti Kawasaki ZX-10R, Honda CBR1000RR, Yamaha M1, Suzuki GSX-R1000, dan BMW S 1000 RR.

Adakah anda seorang peminat MotoGP? Berminat dengan segala kelengkapan reraup aero dan winglet yang telah digunapakai oleh para pasukan dalam siri perlumbaan tersebut? Ingin melengkapkan motosikal anda dengannya? Jika jawapannya adalah “Ya”, rangkaian spoiler sisi “Downforce” Puig merupakan koleksi winglet superbike yang sesuai untuk jentera kesayangan anda?

Direka untuk motosikal superbike 1,000cc mewah, Puig telah membangunkan winglet ‘aftermarket’ yang mengikuti evolusi MotoGP. Menurut pakar Puig, “Puig membolehkan anda memiliki inovasi aerodinamik terkini hasil perlumbaan MotoGP, yang mana membekalkan peningkatan ketara dari segi prestasi dan memacu motosikal lumba anda.”

Mereka turut mendakwa yang winglet ini telah diuji di atas litar di mana ianya membantu dalam meningkatkan tahap prestasi daya cengkaman keseluruhan motosikal sewaktu pembrekan dengan mengenakan lebih banyak daya ‘downforce’, di samping memberikan tahap kestabilan kelajuan tinggi yang lebih baik sewaktu memecut laju pada laluan lurus dan juga selekoh. Terdapat juga pengurangan dalam kesan nyah-wheelie sewaktu anda memulas pendikit dan ianya amatlah membantu, terutamanya dalam perlumbaan.

Melihat pada keseluruhan rangkaian tersebut (dengan tanda harga sekitar €138 satu set, atau RM655), kami rasakan yang winglet Puig ini boleh memberikannya rupa paras yang lebih agresif dengan daya tarikan futuristik pada motosikal-motosikal yang sudah pun cukup mengagumkan. Rangkaian ini menyediakan spoiler sisi bagi pelbagai moedel yang berbeza, antaranya ialah:

  • Kawasaki Ninja ZX-10R (2016 – 2019)
  • Honda CBR1000RR Fireblade (2017-2018)
  • Yamaha YZF-R1 (2015 – 2018)
  • Suzuki GSX-R1000 (2017-2018)
  • BMW S 1000 RR (2015 -2018)

Senarai tersebut tidak mempunyai sebarang motosikal superbike para pengeluar dari Itali seperti Ducati atau Aprilia, namun, melihat pada motosikal terkini para pengeluar tersebut, seperti Ducati Panigale V4 baharu (dengan pakej elektronik yang jauh lebih baik) dan Aprilia RSV4 RF LE (yang telah pun didatangkan dengan winglet), kami tidak benar-benarl pasti apa yang akan berlaku sekiranya spoiler sisi ditambah pada jentera-jentera berkenaan.

Bagi motosikal-motosikal yang ada dalam senarai di atas, Puig menyatakan bahawa spoiler sisi yang ditawarkan bukan hanya sekadar hiasan tetapi akan menawarkan kelebihan pada penunggang dengan memberikan lebih banyak daya ‘downforce’ dan kestabilan. Secara asasnya, ianya, secara teori, satu penambahbaikan prestasi, dan kami berharap untuk mendapatkannya bagi menguji kelengkapan yang terkini ini. Buat masa ini, anda boleh tonton video mengenai spoiler sisi oleh Puig di bawah!

Sumber : Puig

Motosikal Honda CBR250RR HRC 2019 Diperagakan!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.