Penunggang bagi pasukan Kawasaki, Jonathan Rea, telah mendominasi musim WorldSBK 2018 setakat ini. Dia telah memenangi perlumbaan ke-lapan berturut-turut di Litar Magny-Cours, Perancis. Kemenangan ini bermakna dia telah berjaya merangkul kejohanan musim ini dengan baki empat perlumbaan.
Category: FIM
Siri perlumbaan FIM Enel MotoE World Cup yang diadakan julung kalinya buat motosikal elektrik akan bermula pada tahun 2019. Para penunggang akan menunggang motosikal elektrik Energica. Litar Antarabangsa Sepang (SIC) akan menampilkan seorang penunggang.
Azlan Shah telah membawa pulang sebuah motosikal Kawasaki KX450F serba baru pada hari ini untuk kegunaan latihannya bagi tahun 2018. Juara ARRC (Asia Road Racing Championship) 2017 itu akan mempertahankan takhtanya pada musim ini. Motosikal Kawasaki KX450F ini cukup sesuai bagi mana-mana penunggang yang memperbaiki tahap kecergasan, ketahanan dan ketangkasan mereka.
Azlan Shah Kamaruzaman telah mencatatkan masa terpantas semalam sewaktu ujian pra musim FIM ARRC 2018 di Buriram. Azlan, bersama pasukan Manual Tech KYT Kawasaki Racing telah memacu jentera ZX-6Rnya mendahului penunggang dari Thailand, Decha Kraisart, dan seorang lagi penunggang negara, Zaqhwan Zaidi. Hari ke-2 ujian akan berlangsung pada hari ini di bagi mempersiapkan para penunggang…
Pusingan pembukaan WorldSBK 2018 telah menyaksikan Marco Melandri merangkul kemenangan berganda dalam kedua-dua perlumbaan di Australia. Melandri berjaya menangkis serangan kedua-dua penunggang pasukan Kawasaki Racing Team dalam Perlumbaan 1 dan Perlumbaan 2 untuk memenangi perlumbaan-perlumbaan tersebut. Tom Sykes dan Chaz Davies melengkapkan podium dalam Perlumbaan 1 manakala Jonathan Rea bersama dengan Xavi Fores pula melengkapkan…
Pasukan Honda Asia-Dream Racing Team telah dilancarkan secara rasmi pada awal hari ini bersama dengan penunggang handalannya, Zaqhwan Zaidi. Pasukan yang baru dibentuk itu akan memulakan persaingannya dengan menyertai All-Japan Road Race Championship 2018 dan perlumbaan ketahanan Suzuka 8-hour. Mereka kemudiannya akan mengalihkan tumpuan mereka ke arah kelas Superbike baru dalam siri perlumbaan Asia Road…