Disahkan: Mesej Teks Papan Pemuka Untuk MotoGP Dan Moto3 Diluluskan!

  Tidak seperti pasukan Formula 1 yang mempunyai kebolehan untuk berkomunikasi dengan pemandu mereka melalui radio walaupun ketika di tengah-tengah kesengitan pertandingan (selalunya dengan jawapan yang sama ada berang atau pun melucukan daripada para pemandu), pasukan MotoGP telah mencuba pelbagai cara yang lain untuk menyampaikan maklumat dengan lebih baik kepada para penunggang.