BMW Motorrad telah memecahkan rekod jualan motosikal pada tahun 2018. Mereka telah melaporkan sejumlah 165,566 unit yang terjual, peningkatan sebanyak 0.9%. Jerman kekal sebagai pasaran terbesar, China muncul sebagai pasaran paling pesat membangun.
Category: BMW Motorrad
BMW Motorrad Malaysia telah melancarkan dua buah program baharu. Program tersebut adalah Waranti 3 tahun dan Bantuan Tepi Jalan 3 tahun. Syarikat tersebut turut mendedahkan harga motosikal mereka yang baharu bermula 1 Januari 2019.
Mengapakah model BMW S 1000 RR yang pertama bercirikan lampu hadapan tidak simetri? Mengapa pula bagi model S 1000 RR 2019 ianya simetri? Semua ini berbalik kepada fungsi.
BMW Motorrad telah membuat satu usikan dengan sebuah enjin Boxer 1,800cc yang baharu. Pengeluar tersebut telah mengamanahkan Custom Works Zon untuk membina sebuah motosikal buatan khas bagi enjin tersebut. Khabar angin ada mengatakan bahawa BMW akan membina sebuah motosikal cruiser.
BMW Motorrad telah mendedahkan bahawa motosikal BMW S 1000 RR 2019 akan menggunakan injap batang berongga titanium. Teras yang berongga ini akan meringankan injapnya. Injap yang lebih ringan akan membolehkan tahap rpm yang lebih tinggi secara konsisten.
Model BMW C 400 GT 2019 telah diperkenalkan di EICMA 2018. Ia berkongsi enjin serta kerangka yang sama seperti model C 400 X, namun, tanda nama GT-nya itu bermakna yang model ini adalah untuk perjalanan jarak jauh. Dilengkapi dengan pelbagai ciri yang menakjubkan seperti cakera brek hadapan berganda, skrin TFT 6.5 inci, dan lain-lain lagi.
Adakah ini sebuah motosikal sport-tourer BMW F 850 GT atau XR yang sedang diuji? Enjinnya tampak jelas sekali sebuah enjin parallel-Twin, besar kemungkinan ianya enjin 853cc dari F 850 GS. Model ini akan mengisi jurang motosikal sport-tourer kelas pertengahan BMW.
BMW Motorrad akan kembali ke siri perlumbaan World Superbike Championship (WorldSBK) 2019. Pengeluar tersebut akan mempertaruhkan jentera BMW S 1000 RR 2019. Tom Sykes dan Markus Reiterberger dinamakan sebagai penunggang pasukan.
Model BMW F 850 GS Adventure telah pun dilancarkan di EICMA 2018. Ianya memiliki spesifikasi yang sama seperti model standard, tetapi dengan tangki bahanapi 23 liter. Motosikal F 850 GSA ini lebih ke arah penunggangan off-road.