BMW Motorrad Malaysia Perkenalkan Waranti 3 Tahun Dan Bantuan Tepi Jalan 3 Tahun

  • BMW Motorrad Malaysia telah melancarkan dua buah program baharu.
  • Program tersebut adalah Waranti 3 tahun dan Bantuan Tepi Jalan 3 tahun.
  • Syarikat tersebut turut mendedahkan harga motosikal mereka yang baharu bermula 1 Januari 2019.

BMW Motorrad Malaysia telah melancarkan program baharu mereka, iaitu Waranti 3 tahun dan Bantuan Tepi Jalan 3 tahun. Program-program berkenaan telah menetapkan tanda aras bagi pemilikan motosikal premium di Malaysia.

Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Harald Hoelzl menyatakan program-program ini menawarkan ketenangan minda buat para pengguna, sebagai sebahagian daripada pengalaman pemilikan model BMW. Selain itu, ianya cara syarikat ini untuk membezakan dirinya daripada pengeluar lain dalam industri ini.

Program Waranti 3 tahun BMW Motorrad yang serba baharu ini didokong penuh oleh BMW Group AG. Ia meliputi baik pulih percuma dan penggantian alat akibat kecacatan bahan atau pengeluar, tanpa mengira perbatuannya.

Program Bantuan Tepi Jalan pula, membolehkan pengguna untuk menghubungi pasukan pakar yang sedia membantu 24 jam sehari, 365 hari setahun. Perkhidmatannya terdiri datang dalam bentuk sokongan pakar dan professional ketika kecemasan, termasuklah tundaan sekiranya berlaku kerosakan.

Program ini boleh digunapakai oleh ke semua motosikal BMW yang telah didaftarkan bermula 1 Januari 2019. Bagaimana pun, ianya tidak meliputi model HP4 Race.

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai program-program baharu ini, sila layari laman sesawang https://www.bmw-motorrad.com.my/en/service/services/warranty.html.

BMW Malaysia juga turut mendedahkan harga baharu tahun 2019 buat motosikal mereka, termasuklah anggaran jumlah bayaran semula bulanan di bawah pembiayaan BMW Credit.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply