Soal Jawab Bersama Pelajar Antarabangsa Di Kolej Automotif TOC

Advertisements

  • Kami telah menemubual seorang pelajar antarabangsa di Kolej Automotif TOC.
  • Kami ingin mengetahui bagaimana pelajar asing menyesuaikan diri dengan sukat pembelajaran dan juga pelajar yang lain.
  • Gaya pembelajaran kolej ini membuka cara bagi para pelajar untuk mempelajari tentang kerjasama, tanpa mengira dari negara mana mereka datang.

Pelajar yang belajar di luar negara perlu dikagumi, kerana ianya bukanlah satu perkara yang mudah. Selain daripada kebimbangan dari segi kewangan, perbezaan budaya dan bahasa turut menjadi satu cabaran. Namun, ia tidak melunturkan azam para pelajar antarabangsa ini untuk meneruskan pengajian di Kolej Automotif TOC.

Kami telah berpeluang untuk menemubual salah seorang pelajar berkenaan bagi mendapatkan perspektifnya.

MotoMalaya (MM): Boleh anda ceritakan sedikit mengenai diri anda?
Ahmed Mohamad Farah Idris (AM): Saya berasal dari Sudan. Saya memulakan pengajian saya dalam Kursus Persijilan sebelum meneruskn pengajian dalam Diploma Teknologi Automotif (DAT). Saya menyertai TOC melalui pengambilan bulan April 2017.

Saya kini sedang menduduki tahun pertama saya dalam pengajian Diploma Teknologi Automotif. Saya bakal menjalani “Supervised Industrial Training” (SIT) selepas menamatkan pengajian bagi 5 subjek. Ianya akan berlaku dalam masa empat bulan.

MM: Mengapakah anda memilih kolej dan subjek ini?
AM: Saya memilih kolej ini kerana saya menggemari pembelajaran secara amali. Saya berminat untuk mempelajari tentang sudut praktikal sebuah enjin dan bagaimana ia berfungsi.

MM: Apakah keunikan Kolej Automotif TOC ini?
AM: Apa yang saya dapati unik di sini adalah kod pakaian kami, disiplin dalam kelas, penitikberatan pada ketepatan masa. Yang paling utama sekali, TOC memberikan kami peluang untuk bekerja di bengkel yang berbeza dan menimba pengalaman pekerjaan bagi menyediakan kami untuk dunia pekerjaan sebaik sahaja kami tamat pengajian.

MM: Anda gembira berada di sini? Apakah tanggapan anda sebagai pelajar antarabangsa mengenai kolej ini?
AM: Setakat ini, ianya cukup baik sekali, terutamanya bagi saya dan para pelajar antarabangsa yang lain, dalam mempelajari tentang budaya yang berbeza. Malaysia mempunyai pelbagai budaya berbeza yang boleh dipelajari. Saya juga berpeluang bertemu dengan pelajar antarabangsa lain dan belajar mengenai budaya mereka.

MM: Apakah rancangan anda apabila anda menamatkan pengajian anda?
AM: Saya berharap dapat memperolehi lebih banyak pengalaman bekerja di Malaysia supaya saya boleh kembangkan lagi apa yang telah saya pelajari dan membawanya pulang ke negara saya.

Kesimpulan

Kolej Automotif TOC menyediakan persekitaran pembelajaran yang amat sesuai, tidak kiralah sama ada anda pelajar tempatan atau dari negara asing. Ianya dicapai melalui latihan-latihan amali, yang memerlukan para pelajar untuk bekerjasama, dan dengan itu memupuk hubungan antara manusia yang lebih baik. Kemahiran berkomunikasi adalah amat penting di tempat kerja sekiranya seseorang itu ingin berjaya.

Kami juga ingin menekankan bahawa setiap pelajar yang telah kami temubual amat meminati pendekatan amali dalam pelajaran, berbanding hanya berada di bilik kuliah dan mendengar terlalu banyak syarahan.

Sila TEKAN SINI untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Kolej Automotif TOC. Sila TEKAN SINI jika anda berminat dengan Kursus Juruteknik Superbike. TOC juga turut mempunyai sebuah program bergelar Bina Bakat bagi membantu bakal pelajar yang memerlukan pinjaman pendidikan.

Kolej Automotif TOC boleh dihubungi di talian (+603) 7960 8833.