BMW Motorrad Sedang Membangunkan Platform Enjin Boxer 1,800cc?

  • BMW Motorrad telah membuat satu usikan dengan sebuah enjin Boxer 1,800cc yang baharu.
  • Pengeluar tersebut telah mengamanahkan Custom Works Zon untuk membina sebuah motosikal buatan khas bagi enjin tersebut.
  • Khabar angin ada mengatakan bahawa BMW akan membina sebuah motosikal cruiser.

Nampaknya, BMW Motorrad sedang dalam usaha pembangunan sebuah model platform baharu berasaskan enjin Boxer 1,800cc yang baharu.

Bagaimana pun, berbandingkan hanya menghasilkan sebuah video usikan, BMW telah mendapatkan khidmat Yuichi Yoshizawa dan Yoshikazu Ueda dari Custom Works Zon untuk membina sebuah motosikal peragaan bergelar “R18” berdasarkan enjin yang baharu itu. Binaan tersebut telah pun menggondoli beberapa buah anugerah dalam arena motosikal buatan khas.

Enjin baharu ini dikatakan dilengkapi dengan aktuasi injap ‘pushrod’, dan menggunakan penyejukan udara/minyak. Selain daripada maklumat ini, BMW Motorrad masih belum mendedahkan lagi sebarang maklumat lain.

Tetapi, motosikal apakah yang sesuai dengan enjin ini? BMW telah meliputi ke semua segmen kecuali segmen motosikal cruiser gaya lama yang sejati. Ianya masuk akal kerana BMW boleh mengambil peluang daripada segmen yang sedang mengecil ini dengan memperkenalkan interpretasi mereka terhadap sebuah motosikal cruiser.

Pengeluar berkenaan telah pun membuktikan bahawa mereka boleh menggunapakai enjin Boxer sejukan udara/minyak dalam platform warisan R nineT. Bagaimana pun, dengan penguatkuasaan piawaian emisi Euro5 yang akan datang, kapasiti 1,800cc akan dapat mengimbangkan kuasanya yang hilang. Selain itu, kapasitinya yang besar itu akan membolehkan BMW untuk menyaingi motosikal cruiser besar yang lain dari Harley dan Indian.

Pasti menarik untuk mengetahui apakah kesudahannya nanti, walau apa pun jua yang akan terhasil nanti.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]