Jimat sehingga RM50,000 dengan Honda Malaysia!

Kepada semua peminat kereta Honda di dalam negara, ini adalah berita baik untuk anda. Mulai sekarang hingga 31 Disember 2018, Honda Malaysia telah mengumumkan sebuah kempen hujung tahun yang bernama “HONDA 3XTRAORDINARY SAVINGS” dimana anda boleh menikmati penjimatan sehingga RM50,000!

Pelbagai kelebihan yang boleh dinikmati oleh pelanggan pada bulan Disember ini dari kadar faedah rendah, pilihan tunai, bonus akhir tahun, rebat tunai ekstra dan tambahan hadiah eksklusif menanti anda (tertakluk pada terma dan syarat ya, tuan-tuan dan puan-puan).

Nilai rebat bermula dari RM2,500 sehingga RM50,000 untuk pelbagai model terkini Honda Malaysia boleh dinikmati dalam kempen menarik ini. Model-model seperti Honda Civic, City, Jazz, BR-V, CR-V, Accord, Odyssey dan juga Civic Type-R boleh didapati di semua pengedar sah Honda Malaysia di seluruh negara.

Berikut adalah jumlah nilai ganjaran bagi model-model berikut:

  • Civic – RM2,500
  • CR-V – RM4,000
  • City, Jazz, BR-V atau Odyssey – RM5,000
  • Accord – RM6,000
  • Civic Type-R – RM50,000

Pada masa yang sama, Honda Malaysia juga akan memberi ganjaran kepada pelanggan Honda Insurance Plus (HIP) yang sedia ada dengan hadiah menarik apabila mereka memperbaharui Insurans HIP mereka sewaktu tempoh kempen ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen 3XTRAORDINARY SAVINGS ini, anda  boleh melawat mana-mana 97 pengedar sah Honda Malaysia di seluruh negara atau hubungi 1-800-88-2020. Secara alternatif, anda juga boleh layari www.honda.com.my.

Honda HR-V Sport 2019 dilancarkan di Eropah – 1.5-liter VTEC TURBO!

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply