Honda HR-V Sport 2019 dilancarkan di Eropah – 1.5-liter VTEC TURBO!

Honda telah melancarkan varian baharu bagi model HR-V mereka untuk pasaran Eropah iaitu Honda HR-V Sport 2019. Apa yang menarik pada model ini? Segala aspek prestasi telah dipertingkatkan terutamanya pada bahagian enjin dimana HR-V Sport didatangi dengan enjin 1.5-liter VTEC Turbo.

Enjin 1.5 VTEC Turbo merupakan enjin yang sama digunakan pada varian tertinggi Honda Civic dan model HR-V Sport ini juga telah melalui proses penambahbaikan dengan tambahan rangka kenderaan dan sistem suspensi yang lebih bagus. Bahagian luaran juga telah diubahsuai untuk mengikut tema ‘Sport’.

Ini termasuk ‘splitter’ depan yang nipis, ‘skirt’ tepi, ruangan tayar dan bampar yang lebih agresif telah dipasang bersama sistem ekzos berkembar dan rim aloi 18-inci. Pakej lampu LED didatangkan dengan kemasan ‘smoked’ pada lampu belakang untuk menambahkan lagi imej HR-V yang lebih moden, agresif dan ‘sporty’.

Bagi mereka yang inginkan lebih kuasa dalam kenderaan segmen SUV kompak, enjin 1.5-liter VTEC Turbo yang terdapat pada Honda HR-V Sport 2019 mampu menjana 180hp pada 5,500rpm dan 240Nm tork maksimum serendah 1,900rpm.

Terdapat dua pilihan sistem transmisi iaitu manual 6-kelajuan dan CVT. Transmisi CVT menawarkan tork yang 20Nm tork lebih rendah jika dibandingkan dengan model manual. Tahap ketegaran casis, kawalan supensi dan perasaan stereng juga telah ditambahbaikkan dengan tambahan teknologi ‘Performance Damper’ dan Honda Agile Handling Assist yang menambahkan kestabilan dan mengurangkan gegaran.

Pemasangan akan bermula Disember 2018 dan ia akan muncul di pasaran dunia secara berperingkat mulai antara Mac hingga Jun 2019.

Boon Siew Honda Lancarkan Honda PCX Hybrid 2019, Honda Forza 300 2019, Dan Honda CBR1000RR Fireblade 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.