Harga Moto Guzzi V85 TT 2019 Bagi Pasaran Amerika Syarikat Didedahkan

  • Harga bagi model Moto Guzzi V85 TT 2019 bagi pasaran Amerika Syarikat telah pun didedahkan.
  • Motosikal V85 TT ini dilengkapi dengan pelbagai ciri bagi menyaingi model yang lain dalam kategorinya.
  • Ianya ditetapkan pada harga yang amat menggiurkan berbanding dengan para pesaingnya.

Model Moto Guzzi V85 TT 2019 adalah tawaran pengeluar dari Itali berkenaan dalam pasaran motosikal kembara yang senantiasa berkembang. Ia telah mula diwar-warkan pada awal tahun ini dan akhirnya dilancarkan secara rasmi sewaktu acara INTERMOT tahun ini. Sejak itu, motosikal ini telah dinanti-nantikan oleh ramai penggemar motosikal.

Tiada banyak maklumat yang telah diberikan sejak pelancarannya itu. Namun, kami baharu sahaja mengetahui bahawa Moto Guzzi telah mendedahkan harga motosikal V85 TT ini bagi pasaran Amerika Syarikat.

 

Ditetapkan pada harga yang amat menggiurkan, ia bermula pada harga $11,990 (RM50,202.13) MSRP (Harga Runcit Saranan Pengeluar) bagi model dengan kemasan warna kelabu. Bagi model V85 TT Adventure pula, yang datang lengkap dengan kemasan warna merah/kuning/putih beserta dengan ‘pannier’, harga jualannya adalah $12,990 (RM54,389.13).

Ini adalah harga yang telah ditetapkan bagi pasaran Amerika Syarikat. Kedua-dua buah model ini akan disediakan bagi pasaran Amerika Syarikat bermula dari bulan Mei 2019. Kami akan dapatkan pengesahannya sewaktu ianya membuat kemunculannya itu nanti.

Motosikal Moto Guzzi V85 TT ini dilengkapi dengan pelbagai perincian. Enjin ‘V-Twin’ 90º, 850cc baharunya itu mampu menghasilkan sehingga 80hp dan 80Nm tork.

Selain itu, ianya didatangkan dengan skrin TFT, lampu LED, Cornering ABS, kawalan cengkaman, dan tiga mod penunggangan. Suspensinya boleh dilaras sepenuhnya dengan ruang gerakan sebanyak 170mm di bahagian hadapan. Moto Guzzi mendakwa bahawa tangki bahanapi 21 liternya itu membolehkannya merantau sehingga 402 kilometer. Berat motosikal ini adalah seberat 208kg, bersih.

Nampaknya, persaingan dalam pasaran motosikal kembara kelas pertengahan sudah semakin hangat!

Moto Guzzi V85 TT Dilancarkan Secara Rasmi Di Intermot

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.