BMW C 400 GT 2019 Diperkenalkan

  • Model BMW C 400 GT 2019 telah diperkenalkan di EICMA 2018.
  • Ia berkongsi enjin serta kerangka yang sama seperti model C 400 X, namun, tanda nama GT-nya itu bermakna yang model ini adalah untuk perjalanan jarak jauh.
  • Dilengkapi dengan pelbagai ciri yang menakjubkan seperti cakera brek hadapan berganda, skrin TFT 6.5 inci, dan lain-lain lagi.

Model BMW C 400 GT 2019 telah diperkenalkan di EICMA 2018 sebagai sebahagian daripada rangkaian Urban Mobility BMW Motorrad.

Model BMW C 400 GT ini lebih berunsurkan sebuah skuter maxi ‘grand touring’ (GT), walaupun ianya berkongsikan platform yang sama seperti model C 400 X yang popular. Skuter ini telah pun memenangi pelbagai anugerah sebagai skuter terbaik di negara Eropah.

Enjin empat-injap, SOHC, 350cc-nya itu mampu menghasilkan sehingga 34hp pada 7,500rpm dan 35Nm tork pada 6,000rpm. Model GT ini mempunyai lebih banyak panel badan dan skrin yang lebih besar bagi melindungi penunggang daripada persekitaran. Pelananya juga lebih besar untuk keselesaan perjalanan jarak jauh.

Ia menggunakan fork teleskopik 43mm yang dipaut pada roda hadapan 15 incinya. Bahagian belakang dikendalikan oleh dua penyerap hentakan dengan roda 14 inci. Skuter C 400 GT ini menggunakan dua cakera brek 265mm di bahagian hadapan, dicengkam dengan dua angkup empat-omboh. Brek belakangnya juga merupakan cakera 265mm, tetapi dicengkam oleh angkup satu omboh.

Kebolehan untuk penunggangan jarak jauhnya telah dipertingkatkan dengan ruang simpanan yang lebih besar, yang mana terdiri daripada dua kotak sarung tangan dan ‘flex-case’ di bawah pelana. Ciri standard yang lain adalah lampu LED keseluruhan, mulaan tanpa kunci, ABS dwi saluran, hos brek pintalan keluli, dan kawalan kestabilan.

BMW Motorrad turut menawarkan pelbagai pilihan. Pelanggan boleh memilih antara panel instrumen TFT berwarna 6.5 LCD atau analog. Pilihan LCD membolehkan pautan kepada fungsi multimedia seperti telefon pintar anda, muzik, dan GPS.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.