BMW Motorrad Laporkan Peningkatan Buat Tahun Ke-Lapan Berturut-turut

  • BMW Motorrad telah memecahkan rekod jualan motosikal pada tahun 2018.
  • Mereka telah melaporkan sejumlah 165,566 unit yang terjual, peningkatan sebanyak 0.9%.
  • Jerman kekal sebagai pasaran terbesar, China muncul sebagai pasaran paling pesat membangun.

BMW Motorrad telah mencapai satu lagi tanda aras pada tahun 2018 dengan satu lagi tahun pemecah rekod dari segi jualan.

Jualan global telah meningkat sebanyak 0.9% berbanding tahun 2017, dengan jumlah jualan sebanyak 165,566 unit.

Motosikal R 1200 GS dan GS Adventure kekal sebagai model paling popular, dengan 51,000 unit yang dijual. Rangkaian retro R nineT turut mendapat sambutan, menyumbang kepada 33,500 jentera bagi jumlah keseluruhan 84,500 siri R yang dijual.

Tawaran kedua terlaris BMW adalah siri S inline-Four. 18,773 motosikal S 1000 RR, S 1000 R dan S 1000 XR telah terjual.

Selain itu, jualan BMW di Amerika Syarikat telah meningkat sebanyak 2.2% walaupun dengan kelembapan pasaran secara keseluruhan. Peningkatan ini adalah daripada motosikal tourer enam silinder K 1600 B Grand America yang terjual sebanyak 8,306 unit dari jumlah keseluruhan 13,842 unit.

K 1600 B Grand America

Jerman kekal sebagai pasaran utama pengeluar berkenaan (-11%, 23,824), Perancis (0%, 16,615), Itali (-2%, 14,110), dan Sepanyol (0%, 11,124). 9,224 unit BMW telah terjual di UK.

Pembangunan yang pesat telah dicatatkan di China (35%, 7,561), Brazil (11%, 7,361), dan India dengan 2,187 unit yang terjual di sana.

BMW mengharapkan satu lagi tahun yang hebat pada tahun 2019, dengan adanya model-model baharu yang menggunakan enjin Boxer ShiftCam 1,254cc, model S 1000 RR baharu, kemunculan semula mereka di WSBK, beserta beberapa buah model yang lain yang sedang mereka bangunkan.

Adakah mereka akan mencapai sasaran 200,000 unit mereka pada tahun 2020?

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]