Suzuki GSX-R1000 Baharu Akan Menggunakan Pemasaan Injap Boleh Ubah (VVT) Baharu

  • Suzuki tampak sedia untuk menggarapkan sistem pemasaan injap boleh ubah (VVT) baharu pada model GSX-R1000 baharu mereka.
  • Sistem semasa menggunakan daya emparan.
  • Sistem baharu ini mengikuti trend semasa menggunakan VVT yang diaktifkan secara hidraulik.

Model Suzuki GSX-R1000 semasa telah pun menggunakan pemasaan injap boleh ubah (variable valve timing – VVT), tetapi generasi baharunya akan dilengkapi dengan VVT yang lebih baharu.

Buat masa ini, teknologi VVT yang digunakan pada model Suzuki GSX-R1000 diambil secara langsung daripada jentera MotoGP Suzuki GSX-RR. Peraturan MotoGP melarang penggunaan pemasaan injap boleh ubah hidraulik, elektrik dan elektronik serta sistem angkatan injap boleh ubah. Oleh kerana itu, Suzuki telah menangani larangan ini dengan mereka bentuk dan menggunakan penyelesaian mekanikal sejak tahun 2015. Sistem ini berfungsi dengan menggunakan daya emparan yang dihasilkan oleh camshaft sewaktu ia berpusing.

Bagaimana pun, Suzuki telah menghantar sebuah paten bagi sebuah sistem ‘tradisional’ yang diaktifkan secara hidraulik untuk motosikal kegunaan jalan raya. Menurut dokumen berkenaan, ianya sebuah sistem pengalihan cam yang diaktifkan dengan tekanan minyak.

Seperti mana dengan paten VVT Honda, sistem VVT Suzuki akan mengaktifkan kedua-dua cam masukan dan ekzos. Model Gixxer semasa tidak dinafikan merupakan tunggangan yang hebat, namun, ada kekangan pada sistem VVT semasa kerana berat pegasnya dan daya giroskopik dalam mekanisma berkenaan.

Ia juga berbeza berbanding dengan sistem ShiftCam BMW S 1000 RR.

Kami menjangkakan lebih banyak motosikal akan dilengkapi dengan sistem VVT sebegini dalam tahun-tahun yang mendatang. Seperti mana yang telah kami laporkan sebelum ini, VVT adalah salah sebuah cara terbaik bagi menangani emisi ekzos dan penggunaan bahanapi, dan pada masa yang sama, masih memberikannya jumlah kuasa yang besar.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.