Modenas Lancarkan Program Realiti Modenas Pulsar Dareventure

  • Program realiti Modenas Pulsar Dareventure telah dilancarkan pada hari ini.
  • Program ini akan membawakan kepada peminat motosikal Malaysia satu pengalaman unik model Modenas Pulsar NS200.
  • Ia akan disiarkan di saluran YouTube Modenas.

Pengeluar motosikal Malaysia, Modenas (Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd.) telah melancarkan program realiti Modenas Pulsar Dareventure pada hari ini.

Bercakap sewaktu majlis pelancarannya, Ketua Eksekutif Modenas, Encik Amirudin Abd. Kadir, telah berkata bahawa program Pulsar Dareventure ini telah diperkenalkan oleh Bajaj pada tahun 2014. Semenjak itu, ia telah meliputi negara-negara seperti Nepal, Sri Lanka, dan Peru.

Malaysia akan menjadi negara Asia Tenggara pertama yang akan ditampilkan dalam program ini. Modenas akan menyiarkan program ini melalui saluran YouTube mereka.

“10 orang peserta telah dipilih dari seluruh Malaysia. Mereka akan berhadapan dengan cabaran yang akan kami sediakan,” tambah Encik Amirudin.

“Program Pulsar Dareventure telah berjaya meraih jumlah penonton yang besar. Kami yakin yang edisi Malaysia juga turut akan mendapat sambutan. Program ini memberi peluang buat penggemar motosikal, tidak kiralah sama ada mereka adalah pemilik Modenas atau pun tidak, untuk mengalami suatu pengalaman yang unik.”

Encik Anurag Sharma, Pengurus Jualan Negara, Bajaj Auto Limited, turut menghadiri majlis pelancaran berkenaan.

Dia berkata, “Program ini bertujuan untuk menyerlahkan kemampuan, keserbabolehan, dan reliabiliti motosikal Modenas Pulsar NS200 dalam menangani pelbagai bentuk muka bumi yang berbeza selain daripada penunggangan jalan raya.”

Para pemilik Modenas Dominar 400 telah pun memiliki aktiviti Motography: Explore the Unexplored, jadi ini adalah sesuatu bagi para pemilik Pulsar NS200.

Selebriti Nurul Alis Aidil, lebih dikenali sebagai Kiki, akan menjadi hos program ini.

Majlis pelancaran tersebut telah diadakan di Proton Centre of Excellence (Pusat Kecemerlangan Proton). Pihak media juga telah diberikan peluang untuk menunggang uji motosikal Modenas Pulsar NS200 di atas litar uji Proton, yang mempunyai selekoh ‘banked turn’.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply