Harley-Davidson Sportster adalah salah sebuah motosikal paling menyeronokkan yang boleh anda miliki. Ia menggabungkan gaya dan prestasi. Penyelenggaraan adalah sebahagian daripada pengalaman pemilikan motosikal. Ini mungkin menelan kos yang besar, jadi pakej dan diskaun amatlah dialukan. Harley-Davidson Petaling Jaya dan Harley-Davidson Pulau Pinang sedang menawarkan pakej diskaun dengan promosi ‘beli satu, percuma satu’. Teruskan membaca…
Category: BERITA TEMPATAN
Berita dan ulasan pandu uji Kereta dari Malaysia, berita tempatan dan antarabangsa
Sempena dengan kerjasama Chevron Malaysia Limited (Caltex) dan Mastercard baru sahaja menamatkan kempen “Tap & Go with Mastercard Contactless at Caltex” di mana Encik Chan Kow Chai dari Selangor telah berjaya memenangi sebuah Mercedes-Benz GLC 200 Exclusive Live! Menurut Encik Shahid Ahmed, Pengerusi Chevron Malaysia Limited, “Kami komited dalam meningkatkan perjalanan setiap pengguna di stesen…
Daju Motors Sdn Bhd yang telah dilantik sebagai pengedar rasmi motosikal TVS di Malaysia secara rasminya telah melancarkan model ‘street’ atau ‘naked’ pertama di negara iaitu TVS Apache RTR 200 4V Race Edition 2.0 2019! Jenama terkemuka dari India ini berhasrat untuk menembusi pasaran Malaysia dan model ini mempunyai potensi untuk berjaya.
Welly World Cycle atau lebih dikenali sebagai Welly Sungai Buloh cukup dikenali ramai atas perkhidmatan jualan dan sokongan selepas jualan mereka bagi beberapa buah jenama motosikal. Welly Sungai Buloh merupakan wakil pengedar rasmi untuk Ducati dan KTM Motorcycles, serta beberapa buah jenama yang lain. Mengembangkan lagi portfolionya, Welly Sungai Buloh kini merupakan wakil pengedar rasmi…
Perodua baru sahajan mengumumkan bahawa bilik pameran Perodua Mid Valley di bawah jagaan DMM Sales Sdn Bhd telah pun berpindah ke lokasi baharu iaitu di Menara MBMR, Jalan Syed Putra. Tujuan pemindahan lokasi adalah untuk menggandakan kapasiti jualannya dan menjaga kepuasan pelanggan.
Penunggang MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah telah dikurniakan dengan Darjah Kebesaran Bintang Kegemilangan Sukan. Anugerah ini telah dikurniakan oleh DYMM Sultan Shaharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, bersempena dengan ulang tahun ke-73 Hari Keputeraan Sultan Selangor. Hafizh Syahrin mencipta sejarah sebagai penunggang kelas premier MotoGP pertama negara.
Honda Malaysia Sdn Bhd (Honda Malaysia) baru sahaja melancarkan Pusat Honda 3S terkini yang bertempat di Pasir Gudang, Johor oleh Yong Ming Motor Sdn Bhd (Yong Ming Motor). Ini merupakan pusat pameran Honda Malaysia yang ke-12 di Johor dan ke-97 di seluruh Malaysia untuk memastikan para pelanggan mendapat akses dan kemudahan yang lebih mudah di…
Malam Penghargaan Chia Motor PJ Kawasaki diadakan bagi memberi penghormatan kepada mereka yang berjasa dalam membawa kejayaan buat pasukan berkenaan. Pasukan tersebut berjaya merangkul kejohanan Pirelli Malaysia Superbike Championship 2018 bersama penunggang mereka, Azlan Shah Kamaruzaman. Mereka turut memenangi kategori Kejohanan Pasukan.
Pemilik motosikal MV Agusta di Malaysia telah ditinggalkan terkapai-kapai tanpa sebarang pusat perkhidmatan rasmi bagi menyelenggara motosikal MV Agusta mereka. Goh Brothers Motorcycles Sdn. Bhd. telah menandatangani perjanjian bersama MV Agusta motor S.p.A untuk menyediakan perkhidmatan selepas jualan rasmi di Malaysia. GB Workshop yang terletak di The Gasket Alley akan menjadi bengkel pertama yang menyediakan…