Pusat Honda 3S kini dibuka di Pasir Gudang, Johor!

Honda Malaysia Sdn Bhd (Honda Malaysia) baru sahaja melancarkan Pusat Honda 3S terkini yang bertempat di Pasir Gudang, Johor oleh Yong Ming Motor Sdn Bhd (Yong Ming Motor). Ini merupakan pusat pameran Honda Malaysia yang ke-12 di Johor dan ke-97 di seluruh Malaysia untuk memastikan para pelanggan mendapat akses dan kemudahan yang lebih mudah di kawasan tersebut.

Pusat Honda 3S sebesar 77,000-kaki persegi penuh dengan kemudahan dan peralatan terkini telah dilaburkan oleh Yong Ming Motor dengan jumlah sebanyak RM18.5 juta. Terdapat 14 kawasan penyelengaraan yang mampu menampung kapasiti sebanyak 30 kenderaan setiap hari.

Pusat servis Honda ini juga mempunyai ruang rehat yang luas lagi selesa untuk dinikmati oleh semua para pelanggan termasuk pelbagai kemudahan seperti khidmat makan dan minum, kawasan permainan kanak-kanak dan juga surau sementara menunggu kenderaan mereka selesai diservis.

Pembukaan baru Yong Ming Motor Honda 3S Center di Pasir Gudang adalah tepat pada masanya untuk menyokong dalam penambahan jumlah pelanggan dan perkhidmatan selepas jualan di Johor dan pada masa yang sama memberikan kualiti yang terbaik perkhidmatan. Permintaan khidmat selepas jualan telah meningkat sebanyak 51% dalam tempoh lima tahun lepas.

Dari segi prestasi jualan mengikut rantau, rantau selatan merupakan penyumbang kedua tertinggi dengan lebih daripada 17,000 unit dijual dari Januari hingga Oktober 2018. Sebahagian besar dalam pencapaian ini adalah berterima kasih daerah Johor yang merupakan penyumbang tertinggi di rantau selatan dengan sumbangan lebih dari 12,000 unit terjual.

Untuk membuat temujanji atau usebarang maklumat lanjut tentang perkhidmatan dan kemudahan, anda boleh hubungi Yong Ming Motor (Pusat Honda 3S) di 07-255 8888 atau singgah PTD 209607, Jalan Bandar, Pusat Perniagaan II, 81700, Pasir Gudang, Johor. Secara alternatif, andajuga boleh layari www.honda.com.my.

Jimat sehingga RM50,000 dengan Honda Malaysia!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.