Hafiz Syahrin Dikurniakan Darjah Kebesaran Bintang Kegemilangan Sukan

  • Penunggang MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah telah dikurniakan dengan Darjah Kebesaran Bintang Kegemilangan Sukan.
  • Anugerah ini telah dikurniakan oleh DYMM Sultan Shaharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, bersempena dengan ulang tahun ke-73 Hari Keputeraan Sultan Selangor.
  • Hafizh Syahrin mencipta sejarah sebagai penunggang kelas premier MotoGP pertama negara.

Penunggang MotoGP kebanggaan negara, Hafizh Syahrin Abdullah telah dikurniakan dengan Anugerah Darjah Kebesaran Bintang Kegemilangan Sukan (BKS) pada hari ini. Anugerah ini bagaimana pun tidak membawa kepada gelaran Dato’ buat “Pescao”.

Darjah kebesaran ini telah dikurniakan oleh DYMM Sultan Selangor, Sultan Shaharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, bersempena dengan ulang tahun ke-73 Hari Keputeraan Sultan Selangor.

Hafizh Syahrin telah mengharumkan nama negara dengan menjadi penunggang dari Malaysia yang pertama dalam kelas premier MotoGP pada tahun, apabila dia telah dipilih untuk menyertai pasukan Monster Tech3 Yamaha MotoGP. Dia telah ditemani oleh juara dunia Moto2 dua kali, Johann Zarco.

Hafizh Syahrin akan mengemudi jentera pengilang KTM RC16 MotoGP pada tahun hadapan, berikutan perpindahan pasukan Tech3 ke pengilang yang baharu. Pada tahun hadapan, Hafiz juga akan disertai oleh teman sepasukan yang baharu, iaitu penunggang yang amat berbakat dari kelas Moto2, Miguel Oliveira.

Hafizh memulakan kerjaya perlumbaannya dengan jentera ‘pocket bike’. Kebolehannya yang mengagumkan di atas jentera berkenaan telah membuatkannya mendapat gelaran “King of Pocket Bikes”. Dia kemudiannya berpindah ke perlumbaan Cub Prix sebelum berpindah ke Sepanyol untuk bertanding dalam kejohanan CEV. Di sanalah dia mendapat gelaran “El Pescao”. “Pescao” membawa maksud “ikan” dalam bahasa Sepanyol dan ini adalah kerana Hafiz sering kali beraksi cemerlang sewaktu perlumbaan hujan.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply