Perodua Mid Valley pindah ke Menara MBMR, Jalan Syed Putra

Perodua baru sahajan mengumumkan bahawa bilik pameran Perodua Mid Valley di bawah jagaan DMM Sales Sdn Bhd telah pun berpindah ke lokasi baharu iaitu di Menara MBMR, Jalan Syed Putra. Tujuan pemindahan lokasi adalah untuk menggandakan kapasiti jualannya dan menjaga kepuasan pelanggan.

“Bilik pameran jualan baharu ini, yang seluas 6,900 kaki persegi, lebih daripada dua kali lebih besar berbanding dengan lokasilama kami, memberikan ruang bilik pameran yang lebih luas dan selesa,” kata Pengerusi Daihatsu (Malaysia) Sdn Bhd, En Aqil Tan Sri Ahmad Azizuddin .

Upacara perasmian pada petang tadi turut dihadiri oleh Pegawai Eksekutif Urusan  Kanan Daihatsu Motor Co Ltd, Datuk Shigeharu Toda dan Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Dato’ Dr Zahari Husin.

DMM Sales Sdn Bhd ditubuh pada 20 Januari 1995 merupakan salah satu anak syarikat Daihatsu (Malaysia) Sdn Bhd dan pada hari ini, mereka adalah pengedar terbesar Perodua di seluruh negara dengan 17 bilik pameran, 13 pusat servis dan dua pusat badan & cat.

Sebanyak 10.6% jualan purata tahunan yang telah disumbang oleh DMM Sales Sdn Bhd dalam jangka masa lima tahun lalu. Menara MBMR juga menempatkan MBM Resources Berhad, sebuah kumpulan syarikat automotif dengan pelbagai pelaburan dalam industri automotif dan juga pemegang saham perdagangan utama bagi Daihatsu (Malaysia) Sdn Bhd.

“Kami memuji komitmen yang ditunjukkan oleh DMM Sales Sdn Bhd terhadap Perodua dengan pembukaan bilik pameran jualan baharu ini. Dengan persaingan pasaran yang semakin meningkat, kami menghargai inisiatif seumpama ini, yang bukan sahaja akan memberi sumbangan positif kepada jualan kami tetapi juga akan menaiktaraf pengalaman pelanggan kami terhadap jenama Perodua,” tambah Dato’ Dr Zahari.

Untuk maklumat lanjut, layari www.perodua.com.my.

Perodua sumbang 50 Myvi kepada Bomba & institusi pengajian tinggi!

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply