Hafiz Syahrin Dikurniakan Darjah Kebesaran Bintang Kegemilangan Sukan

Penunggang MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah telah dikurniakan dengan Darjah Kebesaran Bintang Kegemilangan Sukan. Anugerah ini telah dikurniakan oleh DYMM Sultan Shaharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, bersempena dengan ulang tahun ke-73 Hari Keputeraan Sultan Selangor. Hafizh Syahrin mencipta sejarah sebagai penunggang kelas premier MotoGP pertama negara.

MotoGP 2018: Bagaimanakah Prestasi Hafizh Syahrin Setakat Ini?

Dengan berbakikan tiga lagi pusingan MotoGP dalam musim 2018 ini, kita menyingkap kembali prestasi penunggang kebanggaan negara, Hafizh Syahrin. Hafizh menamatkan perlumbaan di Motegi, Jepun, dalam kedudukan 10 teratas dan kini sedang sengit dalam pertarungan untuk memenangi takhta “Rookie of the Year”. Dia hanya ketinggalan sebanyak 4 mata di belakang penunggang rookie Itali dan juga…

Helmet MotoGP Hafizh Syahrin – “Jalur Gemilang”

Rekaan helmet MotoGP Hafizh Syahrin bertumpukan hakikat bahawa dia adalah penunggang Malaysia pertama dalam kelas premier MotoGP. Bergelar “Jalur Gemilang”, helmet X-Lite X-803 Ultra Carbon miliknya itu mengibarkan bendera Malaysia di mata dunia. Buat masa ini, Hafizh Syahrin berada di posisi yang baik sekali untuk memenangi anugerah ‘MotoGP Rookie of the Year’.