Polis memerlukan bantuan orang ramai untuk mengesan kedudukan dua lelaki yang terlibat dalam kes sindiket penipuan penjualan kereta. Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Selangor, Chief Asst Comm, Fazlisyam Abd Majid berkata pihaknya sedang memburu dua lelaki setelah menahan dua lelaki lain minggu lalu. Menurut laporan The Star, polis kini sedang mencari S. Visvanathan, 34 tahun (gambar)…
Category: BERITA TEMPATAN
Berita dan ulasan pandu uji Kereta dari Malaysia, berita tempatan dan antarabangsa
Keputusan Kementerian Pengangkutan untuk meminda peraturan cermin gelap dalam satu sidang media yang diadakan semalam mengundang pelbagai reaksi daripada orang ramai termasuk pihak berkuasa. Meskipun rata-rata menerima baik pindaan baharu itu – yang membenarkan cermin sisi kiri dan kanan bahagian penumpang termasuk cermin belakang boleh digelapkan tanpa had – namun sebaliknya bagi pihak polis. Menurut laporan…
Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke telah mengumumkan pindaan terhadap peraturan lapisan filem atau cermin gelap bagi setiap kenderaan dalam satu sidang media yang berlangsung di Kementerian Pengangkutan Malaysia, hari ini. Peraturan sedia ada telah menetapkan bahawa ketelusan cahaya tampak bagi cermin hadapan adalah 70 peratus, cermin sisi (kiri dan kanan) bahagian pemandu 50 peratus dan…
Seorang lelaki berusia 35 tahun telah didakwa di Mahkamah Majistret Seremban pada 4 Mei lalu susulan tindakannya menulis perkataan kesat di bahagian tandatangan surat saman selain tidak menghormati anggota bertugas. Menurut laporan Harian Metro, insiden tersebut berlaku di tepi jalan Persiaran Senawang 1 sekitar jam 2 pagi, 28 April lalu. Bagi kesalahan menurunkan tandatangan berbaur…
Ahmad Afif Amran meraih kemenangan pertama musim ini bagi kategori CP150 setelah menjuarai pusingan ketiga Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS yang berlangsung di Litar Lumba Tangkak, Johor, semalam. Wakil PETRONAS Sprinta Yamaha itu menamatkan perlumbaan dengan catatan 14 minit 55.133 saat dihadapan Akid Aziz (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) kedua dengan catatan masa 14min 56.549s….
Seorang remaja bertindak merempuh sebuah kenderaan polis dalam percubaan untuk melarikan diri di kilometer 21.1 Lebuhraya LINKEDUA, Iskandar Puteri, malam tadi. Menurut laporan The Star, sebuah kereta peronda polis sedang menyelusuri jalan dari Gelang Patah ke Perling sebelum melanggar sebuah motosikal jenis Yamaha LC yang sedang melawan arus. Difahamkan, remaja terbabit cuba melarikan diri daripada…
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) menawarkan pelbagai tawaran jualan dan selepas jualan istimewa sempena musim perayaan yang bakal tiba. Orang ramai kini boleh melunaskan impian untuk membawa pulang kenderaan Volkwagen raya ini apabila pengeluar Jerman itu menawarkan penjimatan tambahan bagi model pilihan dengan kadar faedah serendah 1.88 peratus setahun bagi model Passat. Orang ramai…
Keluarga AMG GT menerima ahli baharu dengan pelancaran Mercedes-AMG GT 63 S 4MATIC+. Jentera ini merupakan gabungan antara pemanduan dinamik yang sesuai untuk litar lumba dan sebagai penggunaan harian bercirikan Gran Turismo, sekaligus menjadikan model ini pasangan paling sesuai untuk kegunaan harian. Timbalan Presiden, Penjualan dan Pemasaran Mercedes-Benz Malaysia, Mark Raine teruja dengan pelancaran AMG-GT…
Shell Eco-marathon Asia 2019 akhirnya telah sampai ke penghujung memasuki hari keempat di Litar Antarabangsa Sepang dengan pasukan dari Thailand, China dan Singapura mempamerkan kenderaan cekap tenaga paling baik dalam kategori masing-masing. Bagi kategori Mileage Challenge, RMUTP RACING dari Rajamangala University of Technology Phra Nakhon, Thailand mencatat perjalanan 1,546.9 kilometer – bersamaan dengan perjalanan dari…