Padah Lari Dari Sekatan Jalan Raya, Remaja Rempuh Kereta Peronda

Seorang remaja bertindak merempuh sebuah kenderaan polis dalam percubaan untuk melarikan diri di kilometer 21.1 Lebuhraya LINKEDUA, Iskandar Puteri, malam tadi.

Menurut laporan The Star, sebuah kereta peronda polis sedang menyelusuri jalan dari Gelang Patah ke Perling sebelum melanggar sebuah motosikal jenis Yamaha LC yang sedang melawan arus.

Difahamkan, remaja terbabit cuba melarikan diri daripada sekatan jalan raya yang berada di depan.

Mangsa dilaporkan mengalami kecederaan patah kaki dan telah dibawa ke Hospital Sultanah Aminah bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Bagaimanapun, anggota yang beradad di dalam kereta peronda tersebut disahkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

(SUMBER: The Star)

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply