Padah Turunkan Tandatangan Lucah Pada Surat Saman

Advertisements

Seorang lelaki berusia 35 tahun telah didakwa di Mahkamah Majistret Seremban pada 4 Mei lalu susulan tindakannya menulis perkataan kesat di bahagian tandatangan surat saman selain tidak menghormati anggota bertugas.

Menurut laporan Harian Metro, insiden tersebut berlaku di tepi jalan Persiaran Senawang 1 sekitar jam 2 pagi, 28 April lalu.

Sumber: FB Info Roadblock JPJ/Polis

Bagi kesalahan menurunkan tandatangan berbaur lucah, lelaki tersebut boleh dijatuhkan hukuman selama lima tahun, denda atau kedua-duanya sekali.

Sementara kesalahan menghalang anggota bertugas, tertuduh boleh dikenakan penjara sehingga dua tahun, denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Bagaimanapun, mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman denda  RM4,500 atau penjara lapan bulan jika gagal membayar denda bagi kesalahan pertama manakala RM3,500 atau penjara empat bulan jika gagal membayar bagi pertuduhan kedua.

Hakikatnya, segalanya boleh dielakkan sekiranya dia menerima dengan hati terbuka saman atas kesalahan tidak memakai tali pinggang keledar.

(SUMBER: Harian Metro)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.